-
Lukas 24:49Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
49 Lihatlah! Aku akan memberi kamu apa yang telah dijanjikan oleh Bapaku. Tetapi kamu mesti menunggu di kota ini sehingga kamu menerima kuasa dari syurga.”+
-
-
Yohanes 16:13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Namun, apabila penolong itu, iaitu kuasa suci Tuhan yang menyingkapkan kebenaran tiba,+ dia* akan membimbing kamu supaya memahami seluruh kebenaran. Apa yang dikatakannya tidak berasal daripada dirinya sendiri. Sebaliknya, dia mengucapkan apa yang didengarnya, dan dia akan mengumumkan kepada kamu hal-hal yang bakal berlaku.+
-
-
1 Yohanes 2:27Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
27 Kuasa suci Tuhan* yang mengurapi kamu+ tetap ada dalam diri kamu, dan kamu tidak memerlukan sesiapa pun untuk mengajar kamu. Tuhan menggunakan kuasa suci itu untuk mengajar kamu tentang segala sesuatu,+ dan hal itu benar dan bukan dusta. Oleh itu, hendaklah kamu tetap bersatu dengannya*+ selaras dengan apa yang diajarkan oleh Tuhan melalui kuasa-Nya.
-