-
Matius 28:8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Wanita-wanita itu segera meninggalkan makam Yesus dan berlari untuk memberitahukan hal tersebut kepada murid-murid Yesus. Mereka berasa takut tetapi pada masa yang sama mereka sangat bersukacita.+
-
-
Lukas 24:39-41Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
39 Inilah aku! Lihatlah tangan dan kakiku dan sentuhlah aku. Makhluk roh tidak mempunyai daging dan tulang sebagaimana yang kamu lihat pada diriku.” 40 Sambil bercakap, Yesus menunjukkan tangan dan kakinya kepada mereka. 41 Namun, mereka masih tidak dapat percaya kerana mereka terlalu gembira dan hairan. Lalu Yesus bertanya kepada mereka, “Adakah kamu mempunyai makanan di sini?”
-
-
Yohanes 20:19, 20Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
19 Pada hari yang sama, iaitu pada hari Ahad, murid-murid Yesus berkumpul ketika hari sudah petang. Mereka mengunci pintu kerana takut kepada orang Yahudi. Namun begitu, Yesus muncul dan berdiri di tengah-tengah mereka lalu berkata, “Salam sejahtera.”+ 20 Selepas berkata demikian, dia menunjukkan kedua-dua tangan dan bahagian rusuknya kepada mereka.+ Murid-muridnya bersukacita apabila melihat Tuan Yesus.+
-