-
Matius 27:27-29Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
27 Maka askar-askar Gabenor Pilatus membawa Yesus ke kediaman gabenor. Semua askar disuruh berkumpul di sekeliling Yesus.+ 28 Mereka menanggalkan jubahnya lalu mengenakan kain merah marak padanya.+ 29 Mereka membuat mahkota daripada duri dan meletakkannya di atas kepala Yesus dan meletakkan sebatang kayu di tangan kanannya. Untuk mengejek dia, mereka melutut di hadapannya dan berkata, “Salam sejahtera, hai Raja orang Yahudi!”
-
-
Markus 15:16, 17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 Selepas itu, askar-askar membawa Yesus ke halaman dalam kediaman gabenor dan semua askar disuruh berkumpul.+ 17 Mereka mengenakan kain ungu padanya dan membuat mahkota daripada duri lalu meletakkannya di atas kepala Yesus.
-