24 Pada hari Ahad, ketika hari masih subuh, wanita-wanita itu membawa bahan wangi yang telah disediakan oleh mereka dan pergi ke makam.+ 2 Tetapi mereka mendapati bahawa batu penutup pintu makam telah digulingkan ke tepi.+ 3 Apabila mereka masuk ke dalam, mereka tidak menjumpai mayat Tuan Yesus.+