PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kisah 4:29, 30
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 29 Tetapi sekarang, ya Yehuwa,* dengarlah ancaman mereka, dan bantulah hamba-Mu supaya terus memberitakan firman-Mu dengan penuh keberanian. 30 Teruslah menghulurkan tangan-Mu untuk menyembuhkan pelbagai penyakit, dan lakukanlah mukjizat dan keajaiban+ melalui nama Yesus, hamba-Mu yang suci.”+

  • Kisah 6:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Stefanus penuh dengan kuasa Tuhan dan sangat diperkenankan-Nya. Dia melakukan mukjizat dan keajaiban dalam kalangan orang ramai.

  • Kisah 14:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Oleh itu, mereka menghabiskan banyak masa di situ untuk mengkhabarkan berita tentang kebaikan hati Tuhan yang unggul. Dengan kuasa yang diberikan oleh Yehuwa,* mereka dapat bercakap dengan berani. Tuhan menunjukkan bahawa Dia senang hati dengan perkhabaran mereka dengan memberi mereka kuasa untuk melakukan mukjizat dan perkara-perkara yang ajaib.+

  • Kisah 15:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • Roma 15:18, 19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 Aku tidak berani bercakap tentang hal lain, kecuali hal yang telah dilakukan oleh Kristus melalui aku supaya bangsa-bangsa lain patuh kepadanya. Dia telah berbuat demikian menerusi pertuturan dan perbuatanku, 19 menerusi keajaiban dan mukjizat,+ dan menerusi kuasa suci Tuhan. Maka, aku telah menyebarkan berita baik tentang Kristus dengan menyeluruh sepanjang perjalananku dari Yerusalem sampai ke Ilirikum.+

  • 2 Korintus 12:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Sememangnya, dengan penuh ketabahan+ dan menerusi tanda, mukjizat, dan perbuatan yang menakjubkan,+ aku membuktikan kepada kamu bahawa aku ialah seorang rasul.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi