-
Keluaran 3:2-10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 Kemudian malaikat Yehuwa menampakkan diri kepadanya di dalam nyala api yang keluar dari pokok kecil.+ Musa memperhatikan pokok kecil itu bernyala, tetapi pokok itu tidak terbakar. 3 Jadi dia berkata, “Mengapakah pokok kecil ini tidak terbakar? Hal ini sangat luar biasa! Baik aku pergi memeriksanya.” 4 Yehuwa nampak dia mendekati pokok itu lalu memanggilnya dari tengah-tengah pokok itu, “Musa! Musa!” Dia menjawab, “Ya, aku di sini.” 5 Tuhan berfirman, “Jangan datang dekat-dekat. Tanggalkanlah kasutmu kerana engkau sedang berdiri di atas tanah yang suci.”
6 Kemudian Tuhan berfirman, “Akulah Tuhan nenek moyangmu. Aku Tuhan Abraham,+ Tuhan Ishak,+ dan Tuhan Yakub.”+ Lalu Musa menutup mukanya kerana dia takut memandang Tuhan yang benar. 7 Yehuwa menyambung, “Aku memang sudah melihat penderitaan umat-Ku di Mesir, dan Aku mendengar rintihan mereka kerana ditindas oleh pengawas abdi. Aku tahu benar kesakitan mereka.+ 8 Aku akan turun untuk menyelamatkan mereka daripada tangan orang Mesir+ dan memimpin mereka ke tanah yang subur dan luas, ke tanah yang melimpah dengan susu dan madu.+ Aku akan membawa mereka ke negeri orang Kanaan, Het, Amori, Feris, Hewi, dan Yebus.+ 9 Sesungguhnya rintihan orang Israel telah sampai kepada-Ku. Aku juga telah melihat bagaimana orang Mesir menindas mereka dengan kejam.+ 10 Sekarang marilah, Aku akan mengutus engkau kepada Firaun, dan engkau akan memimpin umat-Ku, orang Israel, keluar dari Mesir.”+
-