-
Kisah 22:6-11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 “Semasa aku dalam perjalanan ke Damsyik dan hampir tiba di kota itu, kira-kira pada waktu tengah hari, cahaya yang terang dari langit tiba-tiba memancar di sekelilingku.+ 7 Aku rebah ke tanah, lalu mendengar suara yang berkata, ‘Saulus, Saulus, mengapakah kamu menganiaya aku?’ 8 Aku berkata, ‘Tuan, siapakah kamu?’ Suara itu menjawab, ‘Akulah Yesus, orang Nasaret yang kamu aniaya.’ 9 Mereka yang bersama-sama aku melihat cahaya itu, tetapi mereka tidak memahami kata-kata yang diucapkan kepadaku. 10 Maka aku bertanya, ‘Tuan, apakah yang harus aku lakukan?’ Tuan Yesus berkata, ‘Bangunlah dan pergilah ke Damsyik. Di situ, kamu akan diberitahu tentang segala sesuatu yang harus kamu lakukan.’+ 11 Tetapi oleh sebab cahaya itu sangat terang, aku tidak dapat melihat apa-apa. Maka mereka yang bersama-sama aku memegang tanganku dan memimpin aku ke Damsyik.
-
-
Kisah 26:13-18Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Tuanku, pada waktu tengah hari, ada cahaya dari langit yang memancar di sekeliling hamba dan di sekeliling mereka yang berjalan bersama hamba. Cahaya itu lebih terang daripada sinaran matahari,+ 14 lalu kami semua rebah ke tanah. Kemudian ada suara yang bercakap kepada hamba dalam bahasa Ibrani, ‘Saulus, Saulus, mengapakah kamu menganiaya aku? Jika kamu terus melawan, kamu hanya menyakiti dirimu sendiri. Kamu seperti seekor lembu yang menendang kayu tajam yang digunakan untuk menggiringnya.’ 15 Lalu hamba bertanya, ‘Tuan, siapakah kamu?’ Maka Tuan Yesus berkata, ‘Akulah Yesus, yang kamu aniaya. 16 Bangunlah dan berdirilah. Aku menampakkan diri kepadamu kerana aku mahu memilih kamu sebagai hamba dan saksi untuk memberitakan apa yang sudah kamu lihat dan apa yang akan aku tunjukkan kepadamu mengenai aku.+ 17 Aku akan menyelamatkan kamu daripada orang Yahudi dan daripada bangsa-bangsa lain, dan mengutus kamu kepada mereka+ 18 untuk membuka mata mereka,+ supaya mereka meninggalkan kegelapan+ dan berpaling kepada cahaya.+ Dengan itu, mereka akan dilepaskan daripada kuasa Syaitan+ dan berpaling kepada Tuhan. Jika mereka beriman kepadaku, dosa mereka akan diampunkan,+ dan mereka akan menerima warisan sebagai umat yang disucikan.’
-