-
Kisah 20:22, 23Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
22 Sekarang, lihatlah! Walaupun aku tidak tahu apa yang akan berlaku kepadaku di Yerusalem, aku akan pergi ke situ kerana didorong oleh kuasa suci Tuhan. 23 Aku hanya tahu bahawa di setiap kota, kuasa suci Tuhan berulang kali memberi aku amaran bahawa aku bakal dipenjarakan dan mengalami kesengsaraan.+
-
-
Kisah 21:11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Dia datang kepada kami dan mengambil tali pinggang Paulus. Kemudian dia mengikat kaki dan tangannya sendiri dengan tali pinggang itu lalu berkata, “Kuasa suci Tuhan berkata, ‘Orang yang memiliki tali pinggang ini akan diikat seperti ini oleh orang Yahudi di Yerusalem,+ dan mereka akan menyerahkannya ke dalam tangan orang bangsa asing.’”+
-
-
2 Korintus 11:23-28Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
23 Adakah mereka hamba Kristus? Seperti orang gila, aku mengatakan bahawa aku ialah hamba yang lebih baik. Aku melakukan lebih banyak kerja+ dan aku lebih sering dipenjarakan.+ Sudah tidak terkira berapa kali aku dipukul dan sudah banyak kali aku hampir mati.+ 24 Sudah lima kali aku dipukul oleh orang Yahudi, dan setiap kali, aku menerima 39 pukulan.+ 25 Tiga kali aku dipukul dengan kayu,+ dan pernah sekali aku direjam.+ Tiga kali aku mengalami nahas kapal laut,+ dan aku pernah terapung-apung di laut selama satu hari dan satu malam. 26 Aku sering membuat perjalanan. Dalam perjalananku, aku diancam perompak dan menghadapi bahaya kerana sungai-sungai; aku menghadapi bahaya daripada bangsaku sendiri,+ daripada bangsa-bangsa lain,+ dan daripada saudara-saudara palsu; aku menghadapi bahaya di kota,+ di padang belantara, dan di laut. 27 Aku bekerja keras bermati-matian, kerap kali tidak tidur malam,+ lapar, dahaga,+ sering tidak mempunyai makanan,+ kesejukan, dan kekurangan pakaian.
28 Selain hal-hal itu, aku juga mengalami tekanan setiap hari kerana aku khuatir akan keadaan semua sidang.+
-