-
Kisah 11:5-10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 “Aku menerima suatu penglihatan semasa aku sedang berdoa di kota Yope. Aku nampak sesuatu seperti sehelai kain linen yang besar turun dari langit. Kain itu diturunkan pada keempat-empat penjurunya sehingga sampai ke depan mataku.+ 6 Semasa aku menatap ke dalamnya, aku nampak binatang-binatang berkaki empat, binatang buas, dan reptilia* di bumi, serta burung-burung di langit. 7 Aku juga mendengar suara yang berkata kepadaku, ‘Bangunlah Petrus! Sembelihlah dan makanlah binatang-binatang itu!’ 8 Tetapi aku berkata, ‘Sama sekali tidak, Tuan! Aku tidak pernah makan apa-apa yang kotor atau najis.’ 9 Suara dari langit itu berkata buat kali kedua, ‘Jangan lagi menganggap najis apa yang sudah disucikan oleh Tuhan.’ 10 Suara tersebut kedengaran buat kali ketiga. Selepas itu, semuanya terangkat kembali ke langit.
-