-
Kisah 20:22, 23Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
22 Sekarang, lihatlah! Walaupun aku tidak tahu apa yang akan berlaku kepadaku di Yerusalem, aku akan pergi ke situ kerana didorong oleh kuasa suci Tuhan. 23 Aku hanya tahu bahawa di setiap kota, kuasa suci Tuhan berulang kali memberi aku amaran bahawa aku bakal dipenjarakan dan mengalami kesengsaraan.+
-
-
Kisah 21:10, 11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Setelah berada di situ untuk suatu jangka masa, seorang nabi yang bernama Agabus+ datang dari Yudea. 11 Dia datang kepada kami dan mengambil tali pinggang Paulus. Kemudian dia mengikat kaki dan tangannya sendiri dengan tali pinggang itu lalu berkata, “Kuasa suci Tuhan berkata, ‘Orang yang memiliki tali pinggang ini akan diikat seperti ini oleh orang Yahudi di Yerusalem,+ dan mereka akan menyerahkannya ke dalam tangan orang bangsa asing.’”+
-