23 Mereka semua berdiri dan membawa Yesus menghadap Pilatus.+ 2 Mereka mula menuduh dia+ dengan berkata, “Kami mendapati bahawa lelaki ini menyesatkan bangsa kami. Dia melarang orang membayar cukai kepada Kaisar+ dan mengatakan bahawa dia ialah Kristus, seorang raja.”+