PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Mazmur 22:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Aku tidak bermaya, dan aku telah menjadi seperti serpihan tembikar;+

      Lidahku melekat pada lelangit mulutku;+

      Engkau meninggalkan aku di atas debu dan membiarkan aku mati di situ.+

  • Yesaya 53:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  8 Dia ditindas dan dibawa pergi tanpa diadili dengan saksama;

      Tiada seorang pun yang mengambil peduli akan butiran tentang asal usulnya.*

      Dia dipukul* kerana dosa bangsaku,+

      Dan dia dilenyapkan dari negeri orang hidup.+

  • Yesaya 53:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Aku akan memberinya ganjaran bersama orang ramai,

      Dan dia akan membahagi-bahagikan jarahan bersama orang yang perkasa,

      Kerana dia menyerahkan nyawanya*+

      Dan dipandang sebagai pendosa;+

      Dia menanggung dosa banyak orang+

      Dan membuat permohonan bagi pihak para pendosa.+

  • Daniel 9:26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 “Selepas 62 minggu, Mesias akan dibunuh,+ dan dia akan mati tanpa memiliki apa-apa.+

      “Seorang pemimpin akan datang dengan tenteranya untuk memusnahkan kota ini dan tempat suci ini,+ seperti banjir yang membawa kemusnahan. Sampai akhir, akan ada peperangan. Seperti yang telah ditentukan oleh Tuhan, kemusnahan akan berlaku.+

  • 1 Petrus 2:24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Dengan tubuhnya sendiri, dia menanggung dosa kita+ semasa dia dipakukan pada tiang,*+ supaya kita dibebaskan daripada dosa* dan hidup untuk melakukan apa yang benar. “Melalui lukanya, kamu disembuhkan.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi