-
Roma 16:25, 26Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Berita baik yang aku isytiharkan dan perkhabaran tentang Yesus Kristus menunjukkan bahawa Tuhan dapat meneguhkan kamu. Berita baik ini berkaitan dengan rahsia suci+ yang telah disingkapkan. Rahsia ini tersembunyi untuk jangka masa yang sangat lama, 26 tetapi rahsia ini kini disingkapkan dan diisytiharkan dalam kalangan semua bangsa melalui Ayat-Ayat Suci yang ditulis oleh para nabi. Hal ini sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Tuhan yang kekal agar semua bangsa beriman dan patuh kepada-Nya.
-
-
Efesus 3:8, 9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Aku lebih kecil daripada orang yang paling berkedudukan rendah dalam kalangan semua umat suci.+ Namun kebaikan hati Tuhan yang unggul diberikan kepadaku,+ agar aku mengisytiharkan berita baik tentang kekayaan Kristus yang tidak terhingga kepada bangsa-bangsa lain, 9 dan agar aku membantu semua orang melihat pentadbiran yang berkaitan dengan rahsia suci itu.+ Sejak masa lampau, rahsia suci itu disembunyikan oleh Tuhan yang menciptakan segala sesuatu.
-