PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Timotius 6:3-5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Jika sesiapa mengajarkan ajaran lain dan tidak bersetuju dengan ajaran sihat* yang datang daripada Tuan kita,+ Yesus Kristus, atau jika sesiapa tidak bersetuju dengan ajaran yang selaras dengan pengabdian kepada Tuhan,+ 4 dia seorang yang angkuh dan tidak memahami apa-apa.+ Dia tergila-gilakan pertikaian dan perdebatan tentang kata-kata.+ Hal-hal itu menimbulkan sikap iri hati, perkelahian, fitnah,* kecurigaan, 5 dan pertengkaran yang tidak habis-habis tentang perkara remeh, yang dicetuskan oleh orang yang rosak fikirannya+ dan yang tidak lagi memahami kebenaran. Mereka berfikir bahawa pengabdian kepada Tuhan merupakan cara untuk meraih keuntungan.+

  • Ibrani 13:9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Janganlah disesatkan oleh pelbagai ajaran yang ganjil. Adalah lebih baik jika hati kita diteguhkan oleh kebaikan hati yang unggul daripada diteguhkan oleh makanan,* kerana orang yang terlalu bertumpu kepada makanan tidak akan meraih manfaat daripadanya.+

  • 2 Petrus 3:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Saudara-saudara yang dikasihi, memandangkan awal-awal lagi kamu sudah mengetahui hal ini, berwaspadalah supaya kamu tidak disesatkan bersama mereka oleh dusta orang jahat lalu tidak lagi berdiri dengan teguh.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi