-
1 Korintus 9:16, 17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 Walaupun aku mengisytiharkan berita baik, tidak ada sebab bagiku untuk membanggakan diri kerana inilah kewajipanku. Sesungguhnya, malanglah aku jika aku tidak mengisytiharkan berita baik!+ 17 Jika aku melakukan kerja ini dengan rela hati, aku akan menerima ganjaran. Tetapi biarpun aku melakukannya dengan berat hati, aku masih diamanahkan tanggungjawab sebagai pengurus rumah tangga.+
-
-
Kolose 1:25, 26Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Demi kamu, aku menjadi hamba bagi sidang ini, sesuai dengan tanggungjawab sebagai pengurus rumah tangga+ yang diamanahkan oleh Tuhan kepadaku. Aku diamanahkan tugas untuk menyebarkan firman Tuhan dengan sepenuhnya, 26 iaitu untuk mengkhabarkan rahsia suci+ yang telah disembunyikan semenjak sistem-sistem dunia yang lampau*+ dan semenjak generasi-generasi yang lalu. Tetapi kini rahsia suci itu telah disingkapkan kepada umat suci Tuhan.+
-