-
Roma 11:25Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Saudara-saudara, aku mahu kamu tahu rahsia suci ini,+ supaya kamu tidak berfikir bahawa kamu tahu segala-galanya: Bagi sebahagian orang Israel, hati mereka akan menjadi tidak peka sehingga semua orang daripada bangsa-bangsa lain yang dipilih oleh Tuhan dikumpulkan.
-
-
Roma 16:25, 26Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Berita baik yang aku isytiharkan dan perkhabaran tentang Yesus Kristus menunjukkan bahawa Tuhan dapat meneguhkan kamu. Berita baik ini berkaitan dengan rahsia suci+ yang telah disingkapkan. Rahsia ini tersembunyi untuk jangka masa yang sangat lama, 26 tetapi rahsia ini kini disingkapkan dan diisytiharkan dalam kalangan semua bangsa melalui Ayat-Ayat Suci yang ditulis oleh para nabi. Hal ini sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Tuhan yang kekal agar semua bangsa beriman dan patuh kepada-Nya.
-