-
Kolose 1:25-27Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Demi kamu, aku menjadi hamba bagi sidang ini, sesuai dengan tanggungjawab sebagai pengurus rumah tangga+ yang diamanahkan oleh Tuhan kepadaku. Aku diamanahkan tugas untuk menyebarkan firman Tuhan dengan sepenuhnya, 26 iaitu untuk mengkhabarkan rahsia suci+ yang telah disembunyikan semenjak sistem-sistem dunia yang lampau*+ dan semenjak generasi-generasi yang lalu. Tetapi kini rahsia suci itu telah disingkapkan kepada umat suci Tuhan.+ 27 Tuhan berasa senang hati untuk memberitahu mereka tentang rahsia suci itu yang telah disingkapkan dalam kalangan bangsa-bangsa lain.+ Inilah rahsia suci yang penuh dengan kemuliaan dan kekayaan rohani itu: Kristus bersatu dengan kamu, dan hal ini bererti kamu mempunyai harapan untuk menikmati kemuliaannya.+
-