-
Kisah 24:10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Apabila gabenor itu mengangguk untuk menunjukkan bahawa Paulus boleh bercakap, Paulus berkata,
“Aku tahu bahawa tuan sudah menjadi hakim bagi bangsa ini selama bertahun-tahun. Oleh itu, aku senang hati untuk membela diri.+
-
-
Kisah 25:10-12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Paulus menjawab, “Aku sedang berdiri di hadapan tempat pengadilan Kaisar, dan di sinilah aku seharusnya dihakimi. Tuan sendiri tahu bahawa aku tidak bersalah terhadap orang Yahudi. 11 Jika aku benar-benar berbuat salah dan melakukan sesuatu yang menyebabkan aku harus dihukum mati,+ aku tidak akan merayu supaya dibebaskan daripada hukuman mati. Namun, jika tuduhan mereka tidak berasas, tidak ada sesiapa pun yang berhak untuk menyerahkan aku kepada mereka. Aku minta diadili oleh Kaisar!”+ 12 Setelah bercakap dengan para penasihatnya, Festus berkata, “Kamu minta diadili oleh Kaisar, maka kamu akan pergi kepada Kaisar.”
-