-
2 Tesalonika 1:11, 12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Itulah sebabnya kami selalu berdoa untuk kamu semua supaya Tuhan kita menganggap kamu layak untuk menerima panggilan-Nya,+ dan supaya dengan kuasa-Nya, Dia akan melaksanakan sepenuhnya semua hal baik yang diperkenankan-Nya dan menyempurnakan apa yang sedang kamu lakukan kerana didorong oleh iman. 12 Dengan demikian nama Tuan Yesus akan dimuliakan melalui kamu, dan kamu juga akan dimuliakan kerana kamu bersatu dengannya. Kemuliaan ini diberikan berdasarkan kebaikan hati yang unggul daripada Tuhan kita dan Tuan Yesus Kristus.
-