-
Efesus 6:14-17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Maka, hendaklah kamu berdiri teguh dengan mengikatkan kebenaran pada pinggang kamu seperti tali pinggang,+ dan dengan mengenakan perisai dada, iaitu kelakuan yang benar.+ 15 Selain itu, hendaklah kesediaan untuk mengisytiharkan berita baik tentang kedamaian menjadi seperti kasut bagi kaki kamu.+ 16 Di samping semua itu, hendaklah kamu sentiasa menggunakan perisai besar iman,+ supaya kamu dapat memadamkan semua anak panah* berapi daripada Si Jahat.+ 17 Terimalah juga penyelamatan sebagai topi besi,+ dan firman Tuhan sebagai pedang yang diberikan oleh kuasa suci Tuhan.+
-