20 Timotius, jagalah apa yang sudah diamanahkan kepadamu.+ Berpalinglah daripada percakapan kosong yang mencemari hal-hal yang suci, dan berpalinglah daripada pengetahuan palsu yang menimbulkan percakapan yang bercanggah dengan apa yang benar.+
14 Teruslah mengingatkan mereka tentang hal-hal ini dan berikanlah perintah* kepada mereka di hadapan Tuhan supaya jangan bertengkar tentang kata-kata, kerana perbuatan sedemikian sia-sia sahaja dan memudaratkan* orang yang mendengarnya.