PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kisah 6:5, 6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Semua murid berasa senang hati dengan apa yang dikatakan oleh para rasul. Maka, mereka memilih Stefanus, seorang lelaki yang sangat beriman dan penuh dengan kuasa suci Tuhan, Filipus,+ Prokhorus, Nikanor, Timon, Parmenas, dan Nikolaus dari Antiokhia, seorang pemeluk agama Yahudi. 6 Mereka membawa semua lelaki tersebut kepada para rasul. Selepas berdoa, para rasul meletakkan tangan ke atas mereka yang telah dipilih.+

  • Kisah 13:2, 3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 Semasa mereka beribadat kepada Yehuwa* dan berpuasa, kuasa suci Tuhan berkata, “Pilihlah Barnabas dan Saulus+ khusus untuk aku, kerana ada kerja yang sudah aku tetapkan untuk mereka.”+ 3 Setelah mereka berpuasa dan berdoa, mereka meletakkan tangan ke atas Barnabas dan Saulus lalu mengutus mereka.

  • Kisah 19:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Apabila Paulus meletakkan tangannya ke atas mereka, mereka menerima kuasa suci Tuhan+ dan mula bercakap dalam bahasa-bahasa lain serta bernubuat.+

  • 2 Timotius 1:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Itulah sebabnya aku mengingatkan kamu supaya terus menunjukkan semangat yang berkobar-kobar seperti api, apabila kamu menggunakan kurniaan Tuhan yang kamu terima sewaktu aku meletakkan tanganku ke atasmu.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi