-
Kisah 2:29-32Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
29 “Saudara-saudara, izinkanlah aku untuk bercakap dengan terus terang* tentang Daud, nenek moyang kita. Dia sudah meninggal dan dikuburkan,+ dan makamnya masih ada antara kita sehingga hari ini. 30 Daud seorang nabi, dan dia tahu bahawa Tuhan telah berjanji dan bersumpah kepadanya bahawa salah seorang daripada keturunannya akan duduk di atas takhtanya.+ Oleh itu, 31 awal-awal lagi Daud sudah mengetahui dan bercakap tentang pembangkitan Kristus. Dia berkata bahawa Tuhan tidak akan meninggalkan Kristus di Kuburan* dan tubuhnya tidak akan reput.+ 32 Yesus inilah yang dibangkitkan oleh Tuhan, dan kami semua menjadi saksi dalam hal ini.+
-
-
Roma 1:3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Berita baik itu adalah tentang Anak-Nya yang dilahirkan di bumi, yang merupakan keturunan Daud.+
-