-
Hakim-Hakim 14:5, 6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 Maka Simson pergi ke Timna bersama ibu bapanya. Semasa dia tiba di ladang anggur di Timna, seekor singa datang ke arahnya sambil mengaum. 6 Kuasa suci Yehuwa menyebabkan Simson menjadi kuat+ sehingga dia mencabik singa itu dengan tangan kosong, sebagaimana orang mencabik anak kambing. Tetapi dia tidak memberitahu ibu bapanya tentang apa yang dilakukannya.
-
-
1 Samuel 17:34-36Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
34 Kemudian Daud berkata kepada Saul, “Semasa hamba menggembala ternakan bapa hamba, seekor singa+ datang lalu menerkam seekor biri-biri. Pernah juga seekor beruang datang dan melakukan hal yang sama. 35 Hamba mengejar binatang itu dan menyerangnya lalu menyelamatkan biri-biri itu. Apabila binatang itu melawan, hamba memegang lehernya* lalu membunuhnya. 36 Hamba sudah membunuh singa dan beruang itu. Demikianlah yang akan hamba lakukan terhadap orang Filistin yang tidak bersunat itu, kerana dia telah mencabar* barisan tentera Tuhan yang hidup.”+
-