PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 15:7, 8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 “Jika ada saudara kamu yang menjadi miskin di salah sebuah kota di tanah yang akan diberikan oleh Yehuwa kepada kamu, kamu mesti rela membantunya. Kamu tidak boleh bersikap kedekut,+ 8 sebaliknya kamu mesti bermurah hati+ terhadapnya dan kamu mesti meminjamkan apa-apa sahaja yang diperlukannya.

  • Matius 25:35, 36
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 35 Semasa aku lapar, kamu memberi aku makanan; aku dahaga dan kamu memberi aku minuman. Kamu tidak mengenal aku, tetapi kamu menyambut aku ke dalam rumahmu.+ 36 Aku tidak berpakaian* tetapi kamu memberi aku pakaian.+ Aku jatuh sakit dan kamu menjaga aku. Aku dipenjarakan dan kamu datang melawat aku.’+

  • Lukas 3:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Dia berkata kepada mereka, “Hendaklah orang yang mempunyai dua helai pakaian memberikan sehelai kepada orang yang tidak mempunyai pakaian, dan hendaklah orang yang mempunyai makanan mengongsi makanannya.”+

  • Roma 12:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Kongsilah milik kamu dengan umat suci Tuhan menurut keperluan mereka.+ Sambutlah orang dengan ramah.+

  • 1 Timotius 5:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Namun, jika seorang balu mempunyai anak cucu, biarlah mereka belajar terlebih dahulu untuk menunjukkan pengabdian kepada Tuhan dengan menjaga keluarga sendiri.+ Mereka harus membalas jasa ibu bapa dan datuk nenek mereka,+ kerana hal ini baik dalam pandangan Tuhan.+

  • Yakobus 1:27
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1 Yohanes 3:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Jika ada sesiapa yang mampu menyara kehidupan sendiri dan melihat saudaranya memerlukan bantuan tetapi enggan berbelas kasihan terhadapnya, dapatkah kita mengatakan bahawa orang itu mengasihi Tuhan?+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi