-
Kolose 1:26, 27Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
26 iaitu untuk mengkhabarkan rahsia suci+ yang telah disembunyikan semenjak sistem-sistem dunia yang lampau*+ dan semenjak generasi-generasi yang lalu. Tetapi kini rahsia suci itu telah disingkapkan kepada umat suci Tuhan.+ 27 Tuhan berasa senang hati untuk memberitahu mereka tentang rahsia suci itu yang telah disingkapkan dalam kalangan bangsa-bangsa lain.+ Inilah rahsia suci yang penuh dengan kemuliaan dan kekayaan rohani itu: Kristus bersatu dengan kamu, dan hal ini bererti kamu mempunyai harapan untuk menikmati kemuliaannya.+
-