-
Ibrani 9:14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 apatah lagi darah Kristus!+ Memandangkan dia sudah menurut bimbingan kuasa suci Tuhan yang abadi dan mempersembahkan dirinya yang tidak bercacat cela kepada Tuhan, sudah tentu darahnya dapat memurnikan hati nurani kita daripada perbuatan yang sia-sia+ agar kita dapat menjalankan khidmat suci kepada Tuhan yang hidup.+
-
-
1 Petrus 1:18, 19Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 Kamu tahu bahawa perkara-perkara yang dapat musnah, seperti perak atau emas, tidak membebaskan* kamu+ daripada cara hidup yang sia-sia yang diwariskan kepada kamu oleh nenek moyang kamu.* 19 Tetapi kamu dibebaskan dengan darah Kristus+ yang berharga.+ Darahnya seperti darah anak bebiri yang tidak bercacat cela dan yang murni.+
-
-
1 Yohanes 1:7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Namun, jika kita hidup dalam cahaya sebagaimana Tuhan sendiri ada dalam cahaya, maka kita semua akan bersatu, dan darah Anak-Nya, iaitu Yesus, akan membersihkan kita daripada semua dosa.+
-