-
Wahyu 19:20Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
20 Binatang buas itu ditangkap bersama-sama nabi palsu+ yang melakukan tanda-tanda di hadapannya. Nabi palsu itu telah menyesatkan orang yang menerima tanda binatang buas+ tersebut dan orang yang menyembah patungnya.+ Binatang buas dan nabi palsu itu dicampakkan hidup-hidup ke dalam tasik yang bernyala-nyala dengan api dan belerang.+
-
-
Wahyu 20:4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Aku nampak takhta-takhta, dan orang yang duduk di atasnya diberi kuasa untuk menghakimi. Ya, aku nampak orang* yang dibunuh* kerana memberikan kesaksian tentang Yesus dan kerana menyampaikan perkhabaran tentang Tuhan. Aku juga nampak orang yang tidak menyembah binatang buas atau patungnya, yang tidak menerima tanda pada dahi atau tangan mereka.+ Mereka hidup semula dan memerintah sebagai raja bersama Kristus+ selama 1,000 tahun.
-