31 Tidak cukup baginya untuk berdosa seperti Raja Yerobeam+ anak Nebat. Raja Ahab melakukan hal-hal yang lebih jahat lagi; dia mengahwini Izebel,+ anak perempuan Raja Etbaal dari Sidon,+ dan dia mula sujud menyembah Baal.+
22 Semasa Yehoram nampak Yehu, dia berkata, “Yehu, adakah kamu datang dengan niat baik?” Yehu menjawabnya, “Mana mungkin aku datang dengan niat baik! Ibumu Izebel+ asyik melakukan perbuatan cabul* dan mengamalkan pelbagai ilmu sihir.”+