Mazmur
Lagu yang digubah oleh Daud.
143 Ya Yehuwa, dengarlah doaku;+
Dengarlah seruanku untuk meminta tolong.
Engkau baik dan setia, maka jawablah doaku.
2 Janganlah membawa hamba-Mu ke muka pengadilan,
Kerana tiada seorang pun yang tidak bersalah di hadapan-Mu.+
3 Musuh telah memburu aku
Dan menewaskan aku.*
Musuh menyebabkan aku hidup dalam kegelapan seperti orang yang sudah lama mati.
5 Aku terkenang akan masa lalu;
Aku merenungkan segala yang telah Engkau lakukan;+
Aku memikirkan* perbuatan-Mu dengan bersungguh-sungguh.
6 Aku menadahkan tanganku untuk berdoa kepada-Mu;
Aku amat memerlukan Engkau sepertimana tanah kering memerlukan hujan.+ (Selah)
Janganlah sembunyikan diri-Mu daripadaku,+
Supaya aku tidak menjadi seperti orang yang akan turun ke dalam kubur.+
8 Setiap pagi, biarlah aku mendengar tentang kasih setia-Mu,
Kerana aku percaya kepada-Mu.
Tunjukkanlah jalan yang harus aku tempuh,+
Kerana aku berharap kepada-Mu dengan sepenuh jiwaku.
9 Ya Yehuwa, aku berlindung kepada-Mu.+
Selamatkanlah aku daripada musuh-musuhku.
10 Ajarlah aku melakukan kehendak-Mu,+
Kerana Engkaulah Tuhanku.
Engkau sungguh baik;
Pimpinlah aku dengan kuasa suci-Mu agar aku tetap mengikut haluan yang benar.*
11 Demi nama-Mu, ya Yehuwa, peliharalah nyawaku.
Selamatkanlah aku daripada kesusahan kerana Engkau baik.+