PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Korintus 4
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka 1 Korintus

      • Pengurus harus setia (1-5)

      • Kerendahan hati hamba Kristus (6-13)

        • ‘Jangan melebihi apa yang tertulis’ (6)

        • Orang Kristian seperti watak dalam pertunjukan (9)

      • Paulus mengambil berat terhadap anak-anak rohaninya (14-21)

1 Korintus 4:1

Nota kaki

  • *

    Atau “pengurus rumah tangga.”

Rujukan Silang

  • +Mt 13:11; Rm 16:25, 26

1 Korintus 4:4

Nota kaki

  • *

    Lihat Lampiran A5.

  • *

    Harfiah, “memeriksa.”

Rujukan Silang

  • +Ams 21:2; Rm 14:10; Ibr 4:13

1 Korintus 4:5

Rujukan Silang

  • +Mt 7:1
  • +Ams 10:9; 2Ko 10:18; 1Ti 5:24, 25

1 Korintus 4:6

Rujukan Silang

  • +1Ko 1:12
  • +Rm 12:3; 2Ko 12:20; 3Yo 9

1 Korintus 4:7

Rujukan Silang

  • +Yoh 3:27

1 Korintus 4:8

Rujukan Silang

  • +Why 20:4, 6
  • +2Ti 2:12; Why 3:21

1 Korintus 4:9

Rujukan Silang

  • +Rm 8:36; 1Ko 15:32; 2Ko 6:4, 9
  • +Ibr 10:33

1 Korintus 4:10

Rujukan Silang

  • +1Ko 3:18

1 Korintus 4:11

Rujukan Silang

  • +Flp 4:12
  • +2Ko 11:27
  • +Kis 14:19; 23:2; 2Ko 11:24

1 Korintus 4:12

Rujukan Silang

  • +Kis 18:3; 20:34; 1Te 2:9
  • +Rm 12:14; 1Pt 3:9
  • +Mt 5:44

1 Korintus 4:13

Rujukan Silang

  • +1Pt 2:23

1 Korintus 4:15

Rujukan Silang

  • +Ga 4:19; 1Te 2:11

1 Korintus 4:16

Rujukan Silang

  • +1Ko 11:1; Flp 3:17; 1Te 1:6

1 Korintus 4:17

Rujukan Silang

  • +2Ti 1:13

1 Korintus 4:19

Nota kaki

  • *

    Lihat Lampiran A5.

1 Korintus 4:21

Rujukan Silang

  • +2Ko 13:10

Lain

1 Kor. 4:1Mt 13:11; Rm 16:25, 26
1 Kor. 4:4Ams 21:2; Rm 14:10; Ibr 4:13
1 Kor. 4:5Mt 7:1
1 Kor. 4:5Ams 10:9; 2Ko 10:18; 1Ti 5:24, 25
1 Kor. 4:61Ko 1:12
1 Kor. 4:6Rm 12:3; 2Ko 12:20; 3Yo 9
1 Kor. 4:7Yoh 3:27
1 Kor. 4:8Why 20:4, 6
1 Kor. 4:82Ti 2:12; Why 3:21
1 Kor. 4:9Rm 8:36; 1Ko 15:32; 2Ko 6:4, 9
1 Kor. 4:9Ibr 10:33
1 Kor. 4:101Ko 3:18
1 Kor. 4:11Flp 4:12
1 Kor. 4:112Ko 11:27
1 Kor. 4:11Kis 14:19; 23:2; 2Ko 11:24
1 Kor. 4:12Kis 18:3; 20:34; 1Te 2:9
1 Kor. 4:12Rm 12:14; 1Pt 3:9
1 Kor. 4:12Mt 5:44
1 Kor. 4:131Pt 2:23
1 Kor. 4:15Ga 4:19; 1Te 2:11
1 Kor. 4:161Ko 11:1; Flp 3:17; 1Te 1:6
1 Kor. 4:172Ti 1:13
1 Kor. 4:212Ko 13:10
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
1 Korintus 4:1-21

Satu Korintus

4 Orang patut menganggap kami sebagai hamba-hamba yang bekerja untuk Kristus, dan sebagai pengurus* yang telah diamanahkan dengan rahsia suci Tuhan.+ 2 Sifat penting yang harus dimiliki oleh seorang pengurus ialah kesetiaan. 3 Aku tidak peduli jika kamu atau mahkamah manusia mahu menghakimi aku. Sebenarnya, aku pun tidak menghakimi diriku sendiri. 4 Setahu aku, aku tidak melakukan apa-apa yang salah, tetapi hal itu tidak menunjukkan bahawa aku orang yang baik, kerana Yehuwalah* yang akan menghakimi* aku.+ 5 Maka, janganlah kamu menghakimi+ sesiapa pun sebelum masanya tiba. Tunggulah sehingga Tuan kita datang. Dia akan mendedahkan rahsia yang tersembunyi dalam kegelapan dan membongkar niat hati manusia. Pada masa itu, setiap orang akan mendapat pujian yang layak diterimanya daripada Tuhan.+

6 Saudara-saudara, aku menyebut semua ini demi manfaat kamu. Aku menjadikan diriku sendiri dan Apolos+ sebagai contoh supaya melalui kami, kamu dapat mempelajari prinsip berikut: “Janganlah lakukan sesuatu yang melebihi apa yang tertulis,” supaya kamu tidak menjadi angkuh+ dan menganggap seseorang lebih baik daripada orang lain. 7 Apakah yang menjadikan diri kamu lebih baik daripada orang lain? Bukankah segala sesuatu yang kamu miliki dikurniakan oleh Tuhan?+ Memandangkan kamu menerima semua itu daripada Tuhan, mengapakah kamu membanggakan diri seolah-olah semua itu hasil usaha kamu sendiri?

8 Adakah kamu sudah berpuas hati? Adakah kamu sudah menjadi kaya? Adakah kamu sudah mula memerintah sebagai raja tanpa kami?+ Aku memang berharap kamu sudah mula memerintah sebagai raja supaya kami juga akan memerintah bersama-sama kamu sebagai raja.+ 9 Nampaknya, Tuhan sudah menjadikan kami, iaitu rasul-rasul, sebagai orang yang dijatuhi hukuman mati.+ Kami telah menjadi watak terakhir yang muncul dalam sebuah pertunjukan yang ditonton oleh semua manusia di bumi,+ dan para malaikat. 10 Kami bodoh+ kerana kami mengikut Kristus, tetapi kamu bijaksana kerana kamu mengikut Kristus; kami lemah, tetapi kamu kuat; kamu dihormati, tetapi kami dihina. 11 Sampai saat ini, kami masih lapar+ dan haus.+ Kami kekurangan pakaian, kami dipukul,+ kami tidak mempunyai tempat tinggal, 12 dan kami terpaksa membanting tulang.+ Semasa orang menghina kami, kami memberkati mereka.+ Semasa orang menganiaya kami, kami menanggungnya dengan sabar.+ 13 Semasa kami difitnah, kami menjawab dengan lemah lembut.+ Sampai sekarang, kami dianggap sebagai sampah dunia dan sampah masyarakat.

14 Aku menulis semua ini bukan untuk memalukan kamu, tetapi untuk menasihati kamu kerana kamu seperti anak-anak yang aku kasihi. 15 Walaupun kamu mungkin mempunyai 10,000 orang guru yang mengajar kamu cara untuk mengikut Kristus, kamu tidak mempunyai banyak bapa. Aku menjadi seperti seorang bapa yang mengajarkan berita baik kepada kamu dan mengajar kamu untuk mengikut Kristus Yesus.+ 16 Oleh itu, aku menggesa kamu supaya kamu mengikut teladanku.+ 17 Itulah sebabnya aku mengutus Timotius kepada kamu. Dialah anak kesayanganku yang mengikut Tuan Yesus dengan setia. Sebagaimana aku mengajar sidang di merata tempat tentang cara aku berkhidmat kepada Kristus Yesus,+ dia juga akan mengingatkan kamu tentang hal-hal yang sama.

18 Sesetengah orang menjadi angkuh kerana menyangka aku tidak akan datang kepada kamu. 19 Namun, jika Yehuwa* mengizinkan, aku akan datang kepada kamu tidak lama lagi. Aku tidak berminat untuk mengetahui apa yang dikatakan oleh mereka yang angkuh itu, tetapi aku ingin tahu sama ada mereka memiliki kuasa Tuhan atau tidak. 20 Hal ini demikian kerana Kerajaan Tuhan tidak dibuktikan melalui kata-kata tetapi melalui kuasa. 21 Yang manakah pilihan kamu? Adakah kamu mahu aku datang kepada kamu dengan membawa rotan,+ atau dengan kasih dan kelemahlembutan?

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi