Mazmur
Lagu yang digubah oleh Asaf.+ Sebuah mazmur.
83 Ya Tuhan, janganlah membisu;+
Ya Tuhan Yang Maha Kuasa, janganlah senyap atau berdiam diri.
2 Lihatlah! Musuh-musuh-Mu sedang menimbulkan kekecohan;+
Orang yang membenci-Mu bertindak dengan angkuh.
3 Secara diam-diam, mereka membuat rancangan yang licik untuk melawan umat-Mu;
Mereka berkomplot untuk menentang umat-Mu yang berharga bagi-Mu.
4 Mereka berkata, “Marilah kita lenyapkan seluruh bangsa ini,+
Supaya nama Israel dilupakan sama sekali.”
5 Mereka telah berpakat dan bersatu hati;
Mereka telah bersekutu* untuk menentang-Mu.+
6 Mereka ialah orang Edom dan orang Ismael,* orang Hagri+ dan Moab,+
7 Orang Gebal, orang Ammon,+ dan orang Amalek,
9 Perlakukanlah mereka sepertimana Engkau telah memperlakukan orang Midian,+
Sepertimana Engkau memperlakukan Sisera dan Yabin di anak sungai* di Kison.+
10 Mereka telah dilenyapkan di En-dor;+
Mayat mereka dibiarkan di atas permukaan tanah seperti baja.
11 Biarlah golongan bangsawan mereka menjadi seperti Oreb dan Zeeb,+
Dan para pemimpin mereka menjadi seperti Zebah dan Salmuna,+
12 Kerana mereka pernah berkata, “Marilah kita rampas tanah yang menjadi tempat kediaman Tuhan.”
13 Ya Tuhanku, biarlah mereka menjadi seperti tumbuhan berduri yang berterbangan,+
Seperti jerami yang ditiup angin.
14 Sebagaimana api membakar hutan,
Sebagaimana nyala api menghanguskan gunung-ganang,+
15 Demikian juga Engkau akan mengejar mereka dengan angin ribut-Mu+
Dan menakutkan mereka dengan badai-Mu.+
16 Penuhilah wajah mereka dengan kehinaan,
Supaya mereka akan mencari nama-Mu, ya Yehuwa.