PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Timotius 3
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka 1 Timotius

      • Syarat menjadi penyelia (1-7)

      • Syarat menjadi pembantu sidang (8-13)

      • Rahsia suci tentang pengabdian kepada Tuhan (14-16)

1 Timotius 3:1

Rujukan Silang

  • +Kis 20:28; Tit 1:5-9

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 55:5

1 Timotius 3:2

Nota kaki

  • *

    Atau “dapat membuat pertimbangan yang baik.”

Rujukan Silang

  • +Rm 12:3; 1Pt 4:7
  • +Kis 28:7; 1Pt 4:9
  • +1Ti 5:17; 2Ti 2:24; Tit 1:7, 9

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 42:3

1 Timotius 3:3

Nota kaki

  • *

    Atau “tidak memukul orang.”

Rujukan Silang

  • +Rm 13:13
  • +Flp 4:5; Yak 3:17
  • +Rm 12:18; Yak 3:18
  • +Ibr 13:5; 1Pt 5:2

1 Timotius 3:4

Nota kaki

  • *

    Atau “serius.”

Rujukan Silang

  • +Ef 6:4

1 Timotius 3:6

Rujukan Silang

  • +1Ti 5:22

1 Timotius 3:7

Nota kaki

  • *

    Atau “dimalukan.”

Rujukan Silang

  • +Kis 22:12; 1Te 4:11, 12

1 Timotius 3:8

Nota kaki

  • *

    Atau “serius.”

  • *

    Harfiah, “tidak mempunyai lidah bercabang.”

Rujukan Silang

  • +Kis 6:3; Tit 1:7; 1Pt 5:2

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 55:5

1 Timotius 3:9

Rujukan Silang

  • +1Ti 1:5, 18, 19; 2Ti 1:3; 1Pt 3:16

1 Timotius 3:10

Rujukan Silang

  • +1Pt 2:12

1 Timotius 3:11

Nota kaki

  • *

    Atau “serius.”

Rujukan Silang

  • +1Ti 5:13
  • +Tit 2:3-5

1 Timotius 3:13

Nota kaki

  • *

    Lihat Kamus, “Bercakap dengan berani.”

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 55:5

1 Timotius 3:15

Rujukan Silang

  • +Ibr 3:6

1 Timotius 3:16

Rujukan Silang

  • +Yoh 1:14; Flp 2:7
  • +1Pt 3:18
  • +1Pt 3:19, 20
  • +Kol 1:23
  • +Kol 1:6

Lain

1 Tim. 3:1Kis 20:28; Tit 1:5-9
1 Tim. 3:2Rm 12:3; 1Pt 4:7
1 Tim. 3:2Kis 28:7; 1Pt 4:9
1 Tim. 3:21Ti 5:17; 2Ti 2:24; Tit 1:7, 9
1 Tim. 3:3Rm 13:13
1 Tim. 3:3Flp 4:5; Yak 3:17
1 Tim. 3:3Rm 12:18; Yak 3:18
1 Tim. 3:3Ibr 13:5; 1Pt 5:2
1 Tim. 3:4Ef 6:4
1 Tim. 3:61Ti 5:22
1 Tim. 3:7Kis 22:12; 1Te 4:11, 12
1 Tim. 3:8Kis 6:3; Tit 1:7; 1Pt 5:2
1 Tim. 3:91Ti 1:5, 18, 19; 2Ti 1:3; 1Pt 3:16
1 Tim. 3:101Pt 2:12
1 Tim. 3:111Ti 5:13
1 Tim. 3:11Tit 2:3-5
1 Tim. 3:15Ibr 3:6
1 Tim. 3:16Yoh 1:14; Flp 2:7
1 Tim. 3:161Pt 3:18
1 Tim. 3:161Pt 3:19, 20
1 Tim. 3:16Kol 1:23
1 Tim. 3:16Kol 1:6
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
1 Timotius 3:1-16

Satu Timotius

3 Pernyataan ini dapat dipercayai: Jika seseorang sedang berusaha untuk menjadi seorang penyelia,+ dia menginginkan pekerjaan yang baik. 2 Seorang penyelia haruslah tidak bercela, mempunyai seorang isteri sahaja, bersikap sederhana dalam segala hal, berfikiran sihat,*+ bertatatertib, suka menyambut orang dengan ramah,+ layak untuk mengajar,+ 3 bukan seorang pemabuk,+ tidak ganas,* munasabah,+ tidak suka bertengkar,+ tidak mencintai wang,+ 4 mengurus rumah tangganya dengan baik, mempunyai anak-anak yang taat dan berkelakuan baik*+ 5 (jika seseorang tidak tahu mengurus rumah tangganya sendiri, bagaimanakah dia dapat menjaga sidang Tuhan?), 6 dan bukan orang yang baru percaya kepada Kristus,+ kerana dia mungkin menjadi angkuh lalu menerima penghakiman yang sama seperti yang sudah diterima oleh Iblis. 7 Dia juga haruslah mempunyai nama baik dalam kalangan orang luar,+ supaya dia tidak dicela* dan jatuh ke dalam perangkap Iblis.

8 Begitu juga, pembantu sidang haruslah berfikiran matang,* tidak menipu,* tidak minum banyak wain, tidak tamak akan keuntungan yang diperoleh secara tidak jujur,+ 9 dan berpegang pada rahsia suci Tuhan, yang merangkumi kepercayaan kita, dengan hati nurani yang bersih.+

10 Selain itu, hendaklah mereka diuji terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada mereka layak atau tidak. Jika mereka bebas daripada tuduhan,+ barulah mereka boleh berkhidmat sebagai pembantu sidang.

11 Dalam cara yang sama, wanita haruslah berfikiran matang,* tidak memfitnah,+ bersikap sederhana dalam segala hal, dan setia dalam segala sesuatu.+

12 Hendaklah pembantu sidang mempunyai seorang isteri sahaja, dan mereka harus mengurus anak-anak dan rumah tangga sendiri dengan baik. 13 Lelaki yang berkhidmat dengan baik dapat memperoleh nama yang baik. Mereka juga dapat bercakap dengan penuh keberanian* sehubungan dengan kepercayaan kepada Kristus Yesus.

14 Aku berharap dapat datang kepada kamu tidak lama lagi. Namun, aku menulis hal-hal ini kepada kamu 15 supaya jika aku terlambat, kamu akan tahu bagaimana kamu harus hidup dalam rumah tangga Tuhan,+ iaitu sidang milik Tuhan yang hidup, yang merupakan tiang dan penunjang kebenaran. 16 Sesungguhnya, tidak dapat dinafikan betapa agungnya rahsia suci tentang pengabdian kepada Tuhan: ‘Yesus menampakkan diri sebagai seorang manusia,+ mendapat perkenan Tuhan semasa dia dijadikan makhluk roh,+ dilihat oleh para malaikat,+ disebarkan dalam kalangan bangsa-bangsa,+ dipercayai di dunia,+ dan diangkat ke syurga dalam cara yang mulia.’

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi