PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Korintus 16
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka 1 Korintus

      • Sumbangan untuk orang Kristian di Yerusalem (1-4)

      • Rancangan perjalanan Paulus (5-9)

      • Lawatan Timotius dan Apolos (10-12)

      • Gesaan dan salam (13-24)

1 Korintus 16:1

Rujukan Silang

  • +Kis 24:17; Rm 15:26; 2Ko 8:3, 4

1 Korintus 16:2

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 55:3

1 Korintus 16:3

Rujukan Silang

  • +2Ko 8:19

1 Korintus 16:5

Rujukan Silang

  • +Kis 19:21; 2Ko 1:15, 16

1 Korintus 16:7

Nota kaki

  • *

    Lihat Lampiran A5.

Rujukan Silang

  • +Kis 20:2

1 Korintus 16:8

Rujukan Silang

  • +Kis 19:1

1 Korintus 16:9

Rujukan Silang

  • +Kis 19:10, 11

1 Korintus 16:10

Nota kaki

  • *

    Lihat Lampiran A5.

Rujukan Silang

  • +Kis 16:1, 2
  • +Flp 2:19, 20

1 Korintus 16:12

Rujukan Silang

  • +Kis 18:24, 25

1 Korintus 16:13

Nota kaki

  • *

    Atau “berkelakuan seperti lelaki sejati.”

Rujukan Silang

  • +1Te 5:6
  • +1Ko 15:58; Flp 1:27
  • +Kis 4:29
  • +Ef 6:10; Kol 1:11

1 Korintus 16:14

Rujukan Silang

  • +1Ko 13:4; 1Pt 4:8

1 Korintus 16:16

Rujukan Silang

  • +Flp 2:29, 30; 1Te 5:12; 1Ti 5:17

1 Korintus 16:17

Rujukan Silang

  • +1Ko 1:16

1 Korintus 16:19

Rujukan Silang

  • +Rm 16:3, 5; Flm 2

1 Korintus 16:20

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “ciuman suci.” Dahulu orang Kristian mencium satu sama lain semasa bersalaman.

Lain

1 Kor. 16:1Kis 24:17; Rm 15:26; 2Ko 8:3, 4
1 Kor. 16:32Ko 8:19
1 Kor. 16:5Kis 19:21; 2Ko 1:15, 16
1 Kor. 16:7Kis 20:2
1 Kor. 16:8Kis 19:1
1 Kor. 16:9Kis 19:10, 11
1 Kor. 16:10Kis 16:1, 2
1 Kor. 16:10Flp 2:19, 20
1 Kor. 16:12Kis 18:24, 25
1 Kor. 16:131Te 5:6
1 Kor. 16:131Ko 15:58; Flp 1:27
1 Kor. 16:13Kis 4:29
1 Kor. 16:13Ef 6:10; Kol 1:11
1 Kor. 16:141Ko 13:4; 1Pt 4:8
1 Kor. 16:16Flp 2:29, 30; 1Te 5:12; 1Ti 5:17
1 Kor. 16:171Ko 1:16
1 Kor. 16:19Rm 16:3, 5; Flm 2
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
1 Korintus 16:1-24

Satu Korintus

16 Berkenaan wang yang dikumpulkan untuk umat suci Tuhan,+ kamu boleh mengikut arahan yang telah aku berikan kepada sidang-sidang di Galatia. 2 Pada hari pertama setiap minggu, setiap orang daripada kamu haruslah menyimpan sedikit wang menurut kemampuan masing-masing, supaya kamu tidak perlu mengumpulkannya apabila aku datang. 3 Apabila aku tiba di sana, aku akan mengutus orang untuk membawa pemberian yang kamu berikan dengan murah hati ke Yerusalem. Mereka yang akan aku utus ialah orang yang kamu percayai, yang kamu sebutkan dalam surat kamu.+ 4 Walau bagaimanapun, jika sesuai bagiku untuk turut pergi ke sana, aku akan pergi bersama-sama mereka.

5 Sekarang, aku akan melalui Makedonia. Setelah aku melalui Makedonia,+ aku akan datang berjumpa dengan kamu. 6 Barangkali aku akan tinggal bersama kamu untuk sementara waktu, atau sepanjang musim sejuk. Dengan demikian, kamu dapat menemani aku untuk sebahagian perjalanan ke tempat yang akan aku pergi. 7 Aku tidak mahu berjumpa dengan kamu untuk masa yang singkat sahaja. Sekiranya Yehuwa* mengizinkan, aku berharap dapat menghabiskan masa yang lebih lama bersama kamu.+ 8 Namun, aku akan tinggal di Efesus+ sehingga Perayaan Pentakosta. 9 Hal ini demikian kerana ada pintu besar yang telah dibuka untukku dan aku mempunyai banyak peluang untuk menjalankan kerja penyebaran.+ Namun, ada banyak orang yang menentang aku.

10 Jika Timotius+ sampai, pastikan bahawa tidak ada apa-apa yang membuat dia risau semasa dia bersama kamu, kerana seperti aku, dia juga melakukan kerja untuk Yehuwa.*+ 11 Jadi, jangan biarkan sesiapa pun memandang rendah terhadapnya. Hantarlah dia supaya dia dapat datang kepadaku dengan selamat, kerana aku sedang menunggunya bersama saudara-saudara lain.

12 Mengenai Apolos,+ saudara kita, aku menggesanya dengan bersungguh-sungguh untuk datang kepada kamu bersama saudara-saudara yang lain. Walaupun dia tidak bercadang untuk datang buat masa ini, dia akan datang apabila ada kesempatan.

13 Hendaklah kamu berjaga-jaga,+ berpegang teguh pada iman,+ bersikap berani,*+ dan menjadi gagah.+ 14 Hendaklah kamu melakukan segala sesuatu dengan kasih.+

15 Saudara-saudara, kamu tahu bahawa keluarga Stefanas merupakan pengikut Kristus yang pertama di Akhaya, dan mereka telah mengabdikan diri untuk melayani umat suci Tuhan. Maka, aku menggesa kamu: 16 Teruslah tunduk kepada orang seperti mereka, dan kepada semua orang yang bekerja keras bersama-sama kita.+ 17 Walaupun kamu tidak berada di sini, aku bersukacita kerana Stefanas,+ Fortunatus, dan Akhaikus ada bersamaku. 18 Mereka telah menyegarkan aku dan kamu. Maka hargailah orang seperti mereka.

19 Sidang-sidang di Asia mengirim salam kepada kamu. Akwila dan Priska serta sidang yang berkumpul di rumah mereka+ pun mengirim salam Kristian yang mesra kepada kamu. 20 Semua saudara di sini mengirim salam kepada kamu. Sambutlah satu sama lain dengan ciuman.*

21 Aku, Paulus, menulis salam ini dengan tanganku sendiri.

22 Terkutuklah sesiapa yang tidak mengasihi Tuan Yesus. Ya Tuan kami, datanglah! 23 Semoga kebaikan hati Tuan Yesus yang unggul menyertai kamu. 24 Semoga kasihku menyertai kamu semua yang bersatu dengan Kristus Yesus.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi