Mazmur
Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh keturunan Korah.+
49 Dengarlah, hai semua orang;
Berikanlah perhatian, hai semua penduduk dunia,
2 Baik yang berkedudukan tinggi mahupun yang berkedudukan rendah,
Baik yang kaya mahupun yang miskin.
3 Kata-kata yang bijak akan keluar daripada mulutku,
Dan renungan hatiku+ akan dipenuhi pengertian.
4 Aku akan memikirkan kata-kata hikmat dengan mendalam;
Aku akan menerangkan makna teka-teki sambil memetik kecapi.
5 Aku tidak akan berasa takut pada masa kesusahan,+
Ketika aku dikelilingi orang jahat yang berkomplot untuk menjatuhkan aku.
6 Walaupun orang berharap kepada kekayaan mereka+
Dan membangga-banggakan kemewahan mereka,+
7 Tiada seorang pun yang dapat menebus saudaranya
Atau membayar harga tebusan kepada Tuhan bagi saudaranya,+
8 (Harga tebusan untuk nyawa manusia begitu mahal,
Dan tidak mungkin dapat dibayar sampai bila-bila);
9 Agar saudaranya tidak mati* dan dapat hidup selama-lamanya.+
10 Semua orang tahu bahawa orang bijak pun akan mati;
Orang bodoh dan orang yang tidak berakal juga akan mati,+
Dan semua harta mereka akan diwariskan kepada orang lain.+
11 Keinginan hati mereka adalah supaya rumah-rumah mereka kekal abadi,
Dan supaya khemah-khemah mereka bertahan dari generasi ke generasi.
Tanah milik mereka dinamakan menurut nama mereka sendiri.
12 Namun, walaupun seseorang disanjung tinggi, dia tidak dapat hidup kekal;+
Dia tidak lebih baik daripada binatang yang akhirnya akan mati.+
13 Demikianlah kesudahan orang yang bodoh+
Dan semua orang yang mengikut haluan mereka serta yang suka mendengar mereka bercakap besar. (Selah)
14 Seperti bebiri yang akan disembelih, mereka pasti akan turun ke Kuburan,*
Dan maut akan menjadi gembala mereka.
Pada waktu pagi, mereka terpaksa tunduk kepada kekuasaan orang yang jujur.+
Akhirnya, mereka akan lenyap* sama sekali;+
Kuburan*+ akan menjadi tempat kediaman mereka, dan bukannya istana.+
15 Tetapi Tuhan akan menebus nyawaku daripada kuasa maut;*+
Dia akan menyelamatkan aku dan melindungi aku. (Selah)
16 Janganlah khuatir* apabila seseorang menjadi kaya,
Dan apabila harta di dalam rumahnya bertambah banyak,
17 Kerana ketika dia mati, dia tidak dapat membawa apa-apa bersamanya;+
Dia tidak dapat membawa kekayaannya ke kubur bersamanya.+
18 Sepanjang hidupnya, dia bermegah-megah tentang dirinya.+
(Orang ramai memuji seseorang yang hidup makmur.)+
19 Tetapi akhirnya, dia akan mati seperti nenek moyangnya;
Dia tidak akan melihat cahaya lagi.
20 Seseorang mungkin dihormati,+ namun jika dia tidak memahami semua itu,
Dia tidak lebih baik daripada binatang yang akhirnya akan mati.