Yesaya
52 Bangunlah dan bangkitlah hai Sion!+ Kuatkanlah dirimu!+
Hai Yerusalem, kota yang suci, kenakanlah pakaianmu yang indah!+
Orang yang tidak bersunat dan orang yang najis tidak akan memasukimu lagi.+
2 Bangkitlah hai Yerusalem! Kebaskanlah debu yang melekat padamu dan duduklah di tempat yang terhormat.
Hai kota Sion yang ditawan, tanggalkanlah belenggu yang ada pada lehermu.+
3 Yehuwa berfirman,
4 Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman,
“Dahulu umat-Ku pergi ke Mesir dan tinggal di situ sebagai orang asing.+
Kemudian Assyria menindas mereka tanpa alasan.”
5 Yehuwa berfirman lagi, “Maka, apakah yang harus Aku lakukan di sini?”
Yehuwa juga berfirman, “Orang yang menguasai umat-Ku sentiasa bermegah diri,+
Kerana mereka dapat menawan umat-Ku tanpa bayaran.
Sepanjang hari, mereka asyik menghina nama-Ku.+
6 Itulah sebabnya pada hari Aku bertindak, umat-Ku akan mengenal nama-Ku;+
Mereka akan sedar bahawa Akulah yang telah berfirman kepada mereka.
Ya, Akulah yang telah memberitahukan semua itu!”
7 Betapa indahnya kaki orang yang datang melalui gunung-gunung untuk mengkhabarkan berita baik;+
Dia mengisytiharkan kedamaian+
Dan mengumumkan penyelamatan.
Dia membawa berita baik tentang sesuatu yang lebih baik,
Dan dia berkata kepada Sion, “Tuhanmu sudah menjadi Raja!”+
8 Hai Sion, dengarlah seruan para pengawalmu!
Mereka bersorak bersama-sama dengan gembira.
Dengan mata mereka sendiri, mereka akan melihat Yehuwa mengumpulkan semula penduduk Sion.
9 Hai reruntuhan Yerusalem, bergembiralah dan bersoraklah bersama-sama,+
Kerana Yehuwa telah melegakan hati umat-Nya,+ dan kerana Dia telah menebus Yerusalem.+
10 Yehuwa telah menunjukkan lengan-Nya yang suci di hadapan semua bangsa.+
Orang di seluruh bumi akan menyaksikan penyelamatan daripada* Tuhan kita.+
11 Hai kamu yang mengangkat perkakas Rumah Yehuwa,+
Tinggalkanlah tempat itu!* Keluarlah dari situ!+ Jangan sentuh apa-apa yang najis!+
Keluarlah dari situ+ dan pastikan bahawa kamu tetap suci!
12 Kamu tidak perlu beredar dengan tergesa-gesa,
Dan kamu tidak perlu melarikan diri,
Kerana Yehuwa, Tuhan orang Israel, akan berjalan di hadapan kamu,+
Dan Dia juga akan melindungi kamu dari belakang.+
13 “Lihatlah! Hamba-Ku+ akan bertindak dengan pengertian.
Dia akan dijunjung,
Dimuliakan, dan disanjung tinggi.+
14 Rupanya dan susuk tubuhnya telah dicacati
Sehingga menjadi lebih buruk daripada sesiapa pun.
Oleh itu, banyak orang yang nampak dia berasa hairan.
15 Namun dia akan menyebabkan banyak bangsa berasa terkejut.+