PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yehezkiel 21
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Yehezkiel

      • Pedang Tuhan dihunus untuk melaksanakan penghakiman (1-17)

      • Raja Babilon menyerang Yerusalem (18-24)

      • Pemimpin Israel yang jahat akan disingkirkan (25-27)

        • “Tanggalkanlah mahkota” (26)

        • “Sehingga orang yang berhak memilikinya muncul” (27)

      • Pedang menyerang orang Ammon (28-32)

Yehezkiel 21:3

Rujukan Silang

  • +Im 26:33

Yehezkiel 21:5

Rujukan Silang

  • +Yer 23:20

Yehezkiel 21:6

Rujukan Silang

  • +Yes 22:4; Yer 4:19; Yeh 9:8

Yehezkiel 21:7

Nota kaki

  • *

    Iaitu, terkencing kerana takut.

Rujukan Silang

  • +Yeh 7:15-17

Yehezkiel 21:9

Rujukan Silang

  • +Yes 66:16; Yer 12:12; Amo 9:4

Yehezkiel 21:10

Nota kaki

  • *

    Iaitu, pedang Yehuwa.

Rujukan Silang

  • +Kej 49:10; 2Sa 7:12, 14

Yehezkiel 21:11

Rujukan Silang

  • +Yer 25:9; 51:20

Yehezkiel 21:12

Rujukan Silang

  • +Yeh 9:8; Mi 1:8
  • +Yeh 19:1

Yehezkiel 21:13

Rujukan Silang

  • +Yer 6:27
  • +2Ra 25:7; Yeh 19:14; 21:26

Yehezkiel 21:14

Rujukan Silang

  • +2Ra 25:1, 2

Yehezkiel 21:15

Rujukan Silang

  • +Yeh 21:7

Yehezkiel 21:17

Rujukan Silang

  • +Yes 1:24; Yeh 5:13; 16:42

Yehezkiel 21:20

Rujukan Silang

  • +Yer 49:2; Yeh 25:5; Amo 1:14
  • +2Sa 5:9; 2Ta 26:9; 32:2, 5; 33:1, 14

Yehezkiel 21:21

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “terafim.”

Yehezkiel 21:22

Rujukan Silang

  • +Yer 32:24; 52:4

Yehezkiel 21:23

Nota kaki

  • *

    Iaitu, penduduk Yerusalem.

  • *

    Nampaknya merujuk kepada orang Babilon.

Rujukan Silang

  • +2Ta 36:11, 13; Yeh 17:13
  • +2Ra 25:6, 7

Yehezkiel 21:25

Rujukan Silang

  • +2Ta 36:11, 13; Yer 24:8; 52:1, 2; Yeh 17:19

Yehezkiel 21:26

Rujukan Silang

  • +2Ra 25:5-7; Yer 52:8, 11; Yeh 12:12, 13
  • +Yeh 21:13
  • +Mz 75:7; Da 4:17
  • +Da 4:37; Lu 21:24

Yehezkiel 21:27

Rujukan Silang

  • +Kej 49:10; Mz 89:3, 4; 110:1; Yes 9:6; 11:10; Lu 1:32, 33; Why 5:5
  • +Mz 2:6, 8; Da 7:13, 14; Lu 22:29

Yehezkiel 21:29

Nota kaki

  • *

    Nampaknya merujuk kepada Raba, kota orang Ammon.

Yehezkiel 21:30

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “diciptakan.”

Yehezkiel 21:31

Rujukan Silang

  • +Yeh 25:5

Yehezkiel 21:32

Rujukan Silang

  • +Yer 49:2, 3

Lain

Yeh. 21:3Im 26:33
Yeh. 21:5Yer 23:20
Yeh. 21:6Yes 22:4; Yer 4:19; Yeh 9:8
Yeh. 21:7Yeh 7:15-17
Yeh. 21:9Yes 66:16; Yer 12:12; Amo 9:4
Yeh. 21:10Kej 49:10; 2Sa 7:12, 14
Yeh. 21:11Yer 25:9; 51:20
Yeh. 21:12Yeh 9:8; Mi 1:8
Yeh. 21:12Yeh 19:1
Yeh. 21:13Yer 6:27
Yeh. 21:132Ra 25:7; Yeh 19:14; 21:26
Yeh. 21:142Ra 25:1, 2
Yeh. 21:15Yeh 21:7
Yeh. 21:17Yes 1:24; Yeh 5:13; 16:42
Yeh. 21:20Yer 49:2; Yeh 25:5; Amo 1:14
Yeh. 21:202Sa 5:9; 2Ta 26:9; 32:2, 5; 33:1, 14
Yeh. 21:22Yer 32:24; 52:4
Yeh. 21:232Ta 36:11, 13; Yeh 17:13
Yeh. 21:232Ra 25:6, 7
Yeh. 21:252Ta 36:11, 13; Yer 24:8; 52:1, 2; Yeh 17:19
Yeh. 21:262Ra 25:5-7; Yer 52:8, 11; Yeh 12:12, 13
Yeh. 21:26Yeh 21:13
Yeh. 21:26Mz 75:7; Da 4:17
Yeh. 21:26Da 4:37; Lu 21:24
Yeh. 21:27Kej 49:10; Mz 89:3, 4; 110:1; Yes 9:6; 11:10; Lu 1:32, 33; Why 5:5
Yeh. 21:27Mz 2:6, 8; Da 7:13, 14; Lu 22:29
Yeh. 21:31Yeh 25:5
Yeh. 21:32Yer 49:2, 3
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
  • 32
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Yehezkiel 21:1-32

Yehezkiel

21 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, pandanglah ke arah Yerusalem, buatlah pengumuman tentang tempat-tempat suci, dan bernubuatlah tentang negeri Israel. 3 Katakanlah kepada negeri Israel, ‘Inilah firman Yehuwa: “Aku akan melawan engkau. Aku akan mengeluarkan pedang-Ku daripada sarungnya+ dan membunuh semua orang dalam kalanganmu, baik orang yang jahat mahupun orang yang baik. 4 Oleh sebab Aku akan membunuh orang yang baik dan yang jahat, Aku akan mengeluarkan pedang-Ku dan menyerang semua orang dari selatan sampai ke utara. 5 Semua orang akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, telah menghunus pedang-Ku, dan Aku tidak akan menyarungkannya lagi.”’+

6 “Anak manusia, mengeluhlah sambil menggigil ketakutan. Ya, mengeluhlah dengan sedih di hadapan mereka.+ 7 Jika mereka bertanya, ‘Mengapakah engkau mengeluh?’ engkau akan menjawab, ‘Kerana aku mendapat suatu berita.’ Berita itu akan membuat hati setiap orang menjadi takut dan tangan semua orang menjadi lemah. Mereka akan hilang semangat, dan air akan menitis dari lutut mereka.*+ ‘Lihatlah! Berita itu akan menjadi kenyataan, dan semua hal itu akan berlaku,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”

8 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 9 “Anak manusia, bernubuatlah dan katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa: “Katakanlah, ‘Ada sebilah pedang. Pedang+ itu diasah dan digilap. 10 Pedang itu diasah untuk menumpahkan banyak darah. Pedang itu digilap supaya bersinar seperti pancaran kilat.’”’”

Mereka berkata, “Bukankah kita patut bersukacita?”

Tetapi Tuhan menjawab, “‘Pedang itu* akan menolak tongkat pemerintahan anak-Ku,+ seperti yang dilakukannya terhadap semua pokok yang lain.

11 “‘Pedang itu haruslah digilap lalu diserahkan ke dalam tangan seseorang. Ya, pedang itu haruslah diasah dan digilap lalu diserahkan ke dalam tangan orang yang akan melaksanakan hukuman.+

12 “‘Anak manusia, merataplah dan meraunglah+ kerana pedang itu menyerang umat-Ku. Pedang itu akan menyerang semua pemimpin Israel.+ Mereka akan menjadi mangsa pedang itu bersama umat-Ku. Oleh itu, pukullah pahamu sebagai tanda berkabung. 13 Pedang itu sudah diperiksa,+ dan apakah yang akan berlaku jika pedang itu menolak tongkat pemerintahan itu? Tongkat itu akan dilenyapkan,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.

14 “Anak manusia, bernubuatlah, tepuklah tanganmu, dan katakanlah ‘Pedang!’ sebanyak tiga kali. Pedang itu akan membunuh orang dan menumpahkan banyak darah. Ya, pedang itu akan mengelilingi mereka.+ 15 Hati mereka akan menjadi takut+ dan ramai akan tumpas di pintu gerbang mereka. Aku akan menggunakan pedang itu untuk membunuh banyak orang. Pedang itu berkilau seperti pancaran kilat, ya, pedang itu digilap untuk membunuh orang! 16 Hai pedang tajam, tikamlah ke kanan! Tikamlah ke kiri! Pergilah ke mana sahaja mata pedangmu diarahkan! 17 Kemudian Aku akan bertepuk tangan dan kemarahan-Ku akan reda.+ Aku, Yehuwa, telah berfirman.”

18 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 19 “Anak manusia, tandakanlah jalan yang akan dilalui pedang raja Babilon. Jalan itu akan bermula dari sebuah negeri dan bercabang lalu menuju ke arah dua buah kota. Pasanglah papan tanda di tempat jalan itu mula bercabang. 20 Tandakanlah jalan mana yang harus dilalui oleh pedang itu untuk menyerang Raba,+ iaitu kota orang Ammon. Kemudian tandakanlah jalan mana yang harus dilalui oleh pedang itu untuk menyerang Yerusalem,+ iaitu kota berkubu di Yehuda. 21 Hal ini demikian kerana raja Babilon akan berhenti di tempat jalan itu mula bercabang, dan menentukan jalan mana yang akan dilaluinya dengan menggunakan ilmu ramal. Dia akan menggoncang anak-anak panahnya, bertanya kepada patung-patung berhalanya,* dan memeriksa hati binatang. 22 Di tangan kanannya, terdapat ramalan yang menunjukkan bahawa dia patut pergi ke Yerusalem, meletakkan kayu-kayu pelantak di kota itu, mengisytiharkan perang, meneriakkan seruan perang, menyerang pintu-pintu gerbang dengan kayu pelantak, membuat timbunan tanah, dan mendirikan benteng untuk mengepung kota itu.+ 23 Tetapi bangsa* yang telah membuat perjanjian dengan mereka* enggan mempercayai ramalan itu.+ Namun raja ingat akan kesalahan mereka dan raja akan menawan mereka.+

24 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Semua perbuatanmu telah menyingkapkan dosa-dosamu dan mendedahkan kesilapanmu. Memandangkan kamu telah mengingatkan orang tentang kesalahan kamu, kamu akan diingati dan ditawan oleh musuh.’

25 “Wahai pemimpin Israel yang cedera parah, harimu sudah tiba.+ Engkau jahat, dan saat engkau dijatuhi hukuman yang terakhir sudah tiba. 26 Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Tanggalkanlah mahkota dan serban raja.+ Keadaan akan berubah.+ Yang rendah akan ditinggikan,+ dan yang tinggi akan direndahkan.+ 27 Musnah! Musnah! Ya, Aku akan memusnahkan mahkota itu! Mahkota itu tidak akan menjadi milik sesiapa pun sehingga orang yang berhak memilikinya muncul.+ Kemudian Aku akan menyerahkan mahkota itu kepadanya.’+

28 “Anak manusia, bernubuatlah dan katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, tentang orang Ammon dan hinaan yang telah dilemparkan oleh mereka.’ Katakanlah, ‘Pedang! Ya, pedang telah dihunus untuk menumpahkan darah! Pedang itu digilap sampai bersinar seperti kilat untuk membunuh orang. 29 Penglihatan dan ramalan yang engkau* terima tentang dirimu itu palsu belaka, dan mayatmu akan dilonggokkan bersama orang yang terbunuh. Kesudahan orang jahat telah tiba, ya, saat mereka dijatuhi hukuman yang terakhir sudah tiba. 30 Kembalikanlah pedang itu ke dalam sarungnya. Aku akan menghakimi engkau di negeri tempat engkau dilahirkan,* iaitu negeri asalmu. 31 Aku akan melampiaskan kemarahan-Ku terhadapmu, dan engkau akan merasai bahang kemurkaan-Ku. Aku akan menyerahkan engkau kepada orang kejam yang terlatih untuk membawa kemusnahan.+ 32 Engkau akan menjadi bahan bakar untuk api.+ Darahmu akan ditumpahkan di negeri itu, dan tiada sesiapa pun yang akan mengingati engkau lagi, kerana Aku, Yehuwa, telah berfirman.’”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi