PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Zakharia 12
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Zakharia

      • Yehuwa akan melindungi Yehuda dan Yerusalem (1-9)

        • “Yerusalem seperti batu yang berat” (3)

      • Meratapi orang yang ditusuk (10-14)

Zakharia 12:1

Rujukan Silang

  • +Ayb 26:7; Yes 42:5
  • +Mz 102:25; Yes 45:18

Zakharia 12:2

Rujukan Silang

  • +Za 14:14

Zakharia 12:3

Rujukan Silang

  • +Zef 3:19
  • +Za 14:2, 3

Zakharia 12:5

Rujukan Silang

  • +Yes 41:10; Yl 3:16; Za 12:8

Zakharia 12:6

Rujukan Silang

  • +Yes 41:15
  • +Mi 4:13; Za 9:15
  • +Za 2:4

Zakharia 12:8

Nota kaki

  • *

    Atau “yang tersandung.”

Rujukan Silang

  • +Yer 23:6; Yl 3:16; Za 2:5; 9:15
  • +Kel 14:19; 23:20

Zakharia 12:9

Rujukan Silang

  • +Yes 54:17; Hag 2:22

Zakharia 12:10

Rujukan Silang

  • +Yoh 19:34, 37; 20:27; Why 1:7

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 15:5

Zakharia 12:11

Rujukan Silang

  • +2Ra 23:29; 2Ta 35:22

Zakharia 12:12

Rujukan Silang

  • +2Sa 5:13, 14; Lu 3:23, 31

Zakharia 12:13

Rujukan Silang

  • +Kel 6:16
  • +Kel 6:17; 1Ta 23:10

Lain

Za. 12:1Ayb 26:7; Yes 42:5
Za. 12:1Mz 102:25; Yes 45:18
Za. 12:2Za 14:14
Za. 12:3Zef 3:19
Za. 12:3Za 14:2, 3
Za. 12:5Yes 41:10; Yl 3:16; Za 12:8
Za. 12:6Yes 41:15
Za. 12:6Mi 4:13; Za 9:15
Za. 12:6Za 2:4
Za. 12:8Yer 23:6; Yl 3:16; Za 2:5; 9:15
Za. 12:8Kel 14:19; 23:20
Za. 12:9Yes 54:17; Hag 2:22
Za. 12:10Yoh 19:34, 37; 20:27; Why 1:7
Za. 12:112Ra 23:29; 2Ta 35:22
Za. 12:122Sa 5:13, 14; Lu 3:23, 31
Za. 12:13Kel 6:16
Za. 12:13Kel 6:17; 1Ta 23:10
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Zakharia 12:1-14

Zakharia

12 Berikut merupakan perkhabaran daripada Yehuwa,

Yang membentangkan langit,+

Yang mendirikan asas bumi,+

Dan yang memberikan nafas kehidupan kepada manusia.

Mengenai umat Israel, Yehuwa berfirman,

2 “Aku akan menjadikan Yerusalem seperti sebuah cawan. Bangsa-bangsa di sekitar akan minum daripadanya lalu terhuyung-hayang seperti orang mabuk. Yehuda dan Yerusalem akan dikepung.+ 3 Pada masa itu, Aku akan menjadikan Yerusalem seperti batu yang berat. Mana-mana bangsa yang mencuba mengangkatnya akan cedera parah.+ Semua bangsa di bumi akan berkumpul untuk menyerang Yerusalem.”+ 4 Yehuwa berfirman, “Pada masa itu, Aku akan menyebabkan semua kuda ketakutan, dan para penunggang kuda akan menjadi gila. Mata-Ku akan memperhatikan orang Yehuda, tetapi Aku akan membutakan mata semua kuda musuh. 5 Ketua-ketua suku Yehuda akan berkata dalam hati, ‘Penduduk Yerusalem ialah kekuatan kami, kerana Yehuwa, ketua angkatan syurga, ialah Tuhan mereka.’+ 6 Pada masa itu, Aku akan menjadikan para ketua suku Yehuda seperti periuk yang berisi api di tengah-tengah hutan, dan seperti obor api di tengah-tengah berkas gandum yang dituai.+ Mereka akan membinasakan bangsa-bangsa di sekeliling, baik yang di kiri mahupun yang di kanan.+ Penduduk Yerusalem akan menetap di Yerusalem, di kota mereka sendiri.+

7 “Aku, Yehuwa, akan menyelamatkan khemah Yehuda dahulu, supaya kemuliaan yang dimiliki keturunan Daud dan penduduk Yerusalem tidak akan melebihi kemuliaan orang Yehuda. 8 Pada masa itu, Aku, Yehuwa, akan menjadi seperti perisai di sekeliling penduduk Yerusalem.+ Ketika itu, orang yang paling lemah* dalam kalangan mereka pun akan menjadi sekuat Daud. Keturunan Daud akan memimpin mereka seperti Tuhan, seperti malaikat Yehuwa.+ 9 Pada masa itu, Aku pasti akan melenyapkan semua bangsa yang datang untuk menyerang Yerusalem.+

10 “Aku akan mencurahkan kuasa suci-Ku ke atas keturunan Daud dan penduduk Yerusalem sebagai tanda bahawa Aku berkenan kepada mereka dan mendengarkan rayuan mereka. Mereka akan memandang orang yang ditusuk oleh mereka,+ lalu meratapinya seperti orang yang meratapi kematian anak tunggal sendiri. Mereka akan meratapinya dengan pilu seperti orang yang meratapi kematian anak sulung sendiri. 11 Pada masa itu, ratapan di Yerusalem akan sangat memilukan, seperti ratapan di Hadadrimon, di Dataran Megido.+ 12 Setiap keluarga di negeri itu akan meratap bersendirian: Dalam keluarga keturunan Daud, kaum lelaki akan meratap dalam satu kumpulan, dan kaum wanita akan meratap dalam kumpulan sendiri. Dalam keluarga keturunan Natan,+ kaum lelaki akan meratap dalam satu kumpulan, dan kaum wanita akan meratap dalam kumpulan sendiri. 13 Dalam keluarga keturunan Lewi,+ kaum lelaki akan meratap dalam satu kumpulan, dan kaum wanita akan meratap dalam kumpulan sendiri. Dalam keluarga keturunan Simei,+ kaum lelaki akan meratap dalam satu kumpulan, dan kaum wanita akan meratap dalam kumpulan sendiri. 14 Begitu juga dengan semua keluarga yang lain; kaum lelaki akan meratap dalam satu kumpulan, dan kaum wanita akan meratap dalam kumpulan sendiri.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi