Yosua
15 Keluarga-keluarga dalam suku Yehuda menerima tanah setelah membuang undi.+ Tanah itu terbentang ke sempadan Edom,+ sampai ke padang belantara Zin, dan ke hujung selatan Negeb. 2 Sempadan tanah di sebelah selatan bermula dari hujung Laut Mati,+ iaitu dari teluk yang menghadap selatan. 3 Kemudian sempadan itu menghala ke selatan, ke Lereng Akrabim,+ sampai ke Zin. Dari bahagian selatan Kades-barnea,+ sempadan itu menghala ke utara, melintasi Hezron, lalu naik ke Adar, kemudian membelok ke arah Karka. 4 Dari situ sempadan itu menuju ke Azmon+ sampai ke Wadi* Mesir+ dan berakhir di Laut Tengah.* Itulah sempadan tanah mereka di sebelah selatan.
5 Sempadan di sebelah timur ialah Laut Mati sampai ke muara Sungai Yordan. Sempadan di sebelah utara pula bermula dari teluk Laut Mati, di muara Sungai Yordan,+ 6 sampai ke Bet-hogla+ dan melintasi utara Bet-araba,+ lalu naik ke Batu Bohan.+ (Bohan ialah keturunan Ruben.) 7 Kemudian sempadan itu naik ke Debir di Lembah* Akhor+ dan membelok ke utara ke arah Gilgal,+ yang berhadapan dengan Lereng Adumim di selatan wadi itu. Dari situ sempadan itu menuju ke mata air En-semes+ dan berakhir di En-rogel.+ 8 Sempadan itu menuju ke arah Lembah Hinom+ sampai ke selatan lereng gunung orang Yebus,+ iaitu Yerusalem.+ Dari situ sempadan itu menuju ke puncak gunung yang terletak di sebelah barat Lembah Hinom. Gunung itu terletak di hujung bahagian utara Lembah* Refaim. 9 Dari puncak gunung itu, sempadan itu menuju ke mata air di Neftoah+ sampai ke kota-kota di Gunung Efron. Dari situ sempadan itu menuju ke arah Baala, iaitu Kiryat-yearim.+ 10 Kemudian dari Baala, sempadan itu menuju ke arah Gunung Seir di barat, dan melalui lereng Gunung Yearim di utara, iaitu Kesalon, lalu turun ke Bet-semes+ dan kemudian menuju ke Timna.+ 11 Dari situ sempadan itu menuju ke utara ke Lereng Ekron,+ sampai ke Sikron, dan melintasi Gunung Baala hingga Yabneel. Sempadan itu berakhir di laut.
12 Sempadan di sebelah barat ialah Laut Tengah*+ dan sepanjang persisiran pantainya. Itulah sempadan bagi tanah yang diberikan kepada keluarga-keluarga dalam suku Yehuda.
13 Seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Yosua, Kaleb+ anak Yefune telah diberi tanah di kawasan keturunan Yehuda. Kaleb mendapat Kiryat-arba, iaitu Hebron.+ (Arba ialah bapa Enak.) 14 Kaleb mengusir tiga orang anak lelaki Enak,+ iaitu Sesai, Ahiman, dan Talmai+ dari kota itu. 15 Kemudian dia pergi dari situ dan menyerang penduduk Debir.+ (Debir sebelumnya dikenali sebagai Kiryat-sefer.) 16 Kaleb berkata, “Aku akan memberikan anak perempuanku, Akhsa, sebagai isteri kepada orang yang menyerang kota Kiryat-sefer dan menawannya.” 17 Otniel+ anak Kenas,+ iaitu anak saudara Kaleb, berjaya menawan kota itu. Maka Kaleb memberikan anak perempuannya Akhsa+ kepada Otniel sebagai isteri. 18 Semasa dalam perjalanan pulang, Akhsa mendesak suaminya supaya meminta sebidang tanah daripada bapanya Kaleb. Akhsa turun dari keldainya* lalu Kaleb bertanya kepadanya, “Apa yang kamu mahu?”+ 19 Akhsa menjawab, “Ayah telah memberikan sebidang tanah yang gersang di selatan* kepada saya. Jadi, berkatilah saya dan berilah saya Gulot-maim* juga.” Maka Kaleb memberinya Gulot Hulu dan Gulot Hilir.
20 Berikut merupakan tanah yang diterima oleh keluarga-keluarga dalam suku Yehuda sebagai warisan mereka.
21 Kota-kota suku Yehuda yang paling jauh di sebelah selatan, berhampiran dengan sempadan Edom+ ialah Kabzeel, Eder, Yagur, 22 Kina, Dimona, Adada, 23 Kedes, Hazor, Yitnan, 24 Zif, Telem, Bealot, 25 Hazor-hadata, dan Keriot-hezron, iaitu Hazor, 26 Amam, Sema, Molada,+ 27 Hazar-gada, Hesmon, Bet-pelet,+ 28 Hazar-sual, Beer-syeba,+ Biziotia, 29 Baala, Iyim, Ezem, 30 Eltolad, Kesil, Horma,+ 31 Ziklag,+ Madmana, Sansana, 32 Lebaot, Silhim, Ain, dan Rimon.+ Semuanya 29 buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya.
33 Kota-kota di Syefela+ ialah Esytaol, Zora,+ Asna, 34 Zanoah, En-ganim, Tapuah, Enam, 35 Yarmut, Adulam,+ Sokho, Azeka,+ 36 Saaraim,+ Aditaim, dan Gedera serta Gederotaim.* Semuanya 14 buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya.
37 Selain itu ada lagi Zenan, Hadasa, Migdal-gad, 38 Dilean, Mizpe, Yokteel, 39 Lakhis,+ Bozkat, Eglon, 40 Kabon, Lahmas, Kitlis, 41 Gederot, Bet-dagon, Naama, dan Makeda.+ Semuanya 16 buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya.
42 Selain itu ada lagi Libna,+ Eter, Asan,+ 43 Yifta, Asna, Nezib, 44 Kehila, Akhzib, dan Maresa. Semuanya sembilan buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya.
45 Mereka juga menerima Ekron dan pekan-pekan serta perkampungan di sekelilingnya; 46 dari Ekron ke arah barat, semua kawasan berhampiran Asdod dan perkampungan di sekelilingnya.
47 Selain itu terdapat juga Asdod+ dan pekan-pekan serta perkampungan di sekelilingnya; Gaza+ dan pekan-pekan serta perkampungan di sekelilingnya, sampai ke Wadi Mesir, Laut Tengah,* dan kawasan persisiran laut.+
48 Kota-kota di kawasan pergunungan ialah Samir, Yatir,+ Sokho, 49 Dana, Kiryat-sana, iaitu Debir, 50 Anab, Estemo,+ Anim, 51 Gosyen,+ Holon, dan Gilo.+ Semuanya 11 buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya.
52 Mereka juga menerima Arab, Duma, Esan, 53 Yanum, Bet-tapuah, Afeka, 54 Humta, Kiryat-arba, iaitu Hebron,+ dan Zior. Semuanya sembilan buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya.
55 Terdapat juga Maon,+ Karmel, Zif,+ Yuta, 56 Yizreel, Yokdeam, Zanoah, 57 Kain, Gibea, dan Timna.+ Semuanya 10 buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya.
58 Selain itu ada lagi Halhul, Bet-zur, Gedor, 59 Maarat, Bet-anot, dan Eltekon. Semuanya enam buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya.
60 Selain itu ada lagi Kiryat-baal, iaitu Kiryat-yearim,+ dan Raba. Jumlahnya dua buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya.
61 Kota-kota di padang belantara ialah Bet-araba,+ Midin, Sekhakha, 62 Nibsan, Kota Garam, dan En-gedi.+ Semuanya enam buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya.
63 Suku Yehuda tidak dapat mengusir+ orang Yebus+ yang tinggal di Yerusalem.+ Maka, orang Yebus masih tinggal di Yerusalem bersama-sama suku Yehuda sampai hari ini.