Mazmur
Mazmur Orang yang Naik ke Kota.*
2 Ya Yehuwa, selamatkanlah aku daripada orang yang bibirnya berdusta
Dan daripada orang yang lidahnya menipu.
3 Hai orang yang suka berdusta,
Apakah yang akan dilakukan Tuhan terhadap kamu? Bagaimanakah Dia akan menghukum kamu?+
4 Dia akan menghukum kamu dengan anak panah tajam+ seorang askar,
Dan dengan kayu arang yang membara.+
5 Malanglah aku kerana tinggal sebagai orang asing di Mesekh,+
Dan kerana berkhemah dalam kalangan orang Kedar!+
6 Sudah terlalu lama aku tinggal
Bersama orang yang membenci kedamaian.+
7 Aku menginginkan kedamaian, tetapi sebaik sahaja aku menyebut tentangnya,
Mereka hendak berperang pula.