Ayub
26 Ayub menjawab,
2 “Alangkah baiknya bantuan yang kamu berikan kepada orang yang tidak bermaya!
Betapa besarnya pertolongan yang kamu hulurkan kepada orang yang lemah!+
3 Alangkah bergunanya nasihat yang kamu berikan kepada orang yang tidak berhikmat!+
Betapa dalamnya kebijaksanaan yang kamu perlihatkan di hadapan orang ramai!
4 Kepada siapakah kamu menujukan kata-kata itu?
Siapakah yang mengilhami kamu untuk berkata sedemikian?
5 Orang mati berada di bawah samudera dan di bawah segala yang hidup di dalamnya;
Mereka berasa takut dan gementar,
6 Kerana tiada apa-apa di Kuburan* yang tersembunyi daripada pandangan Tuhan;+
Segala-gala yang ada di dalam jurang kemusnahan* terdedah di mata-Nya.
7 Tuhan membentangkan langit utara di ruang angkasa,+
Dan menempatkan bumi di angkasa hampa.
8 Dia mengisi awan dengan air,+
Namun awan tidak pecah walaupun berat airnya.
9 Tuhan membentangkan awan+
Supaya takhta-Nya tidak kelihatan.
10 Dia menandakan sempadan antara langit dengan laut,+
Dan memisahkan cahaya daripada kegelapan.
11 Apabila Tuhan berseru dengan kuat,
Tiang-tiang penyangga langit bergoyang dan bergetar.
12 Dengan kuasa-Nya, Dia menyebabkan laut bergelora;+
Dengan kebijaksanaan-Nya, Dia menghancurkan raksasa laut;+
13 Dengan tangan-Nya, Dia membunuh ular yang meluncur;
Dan dengan hembusan nafas-Nya, langit menjadi cerah.
14 Tetapi semua itu hanyalah sekelumit daripada perbuatan-Nya yang menakjubkan,+
Dan hanyalah bisikan yang sampai di telinga kita.
Siapakah yang dapat menyelami keagungan Tuhan yang bagaikan guruh yang kuat?”+