PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • fg 6 soalan 1-5
  • Apakah Harapan bagi Orang Mati?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Harapan bagi Orang Mati?
  • Berita Baik daripada Tuhan!
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apakah yang Berlaku kepada Kita selepas Mati?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Orang Mati Akan Hidup Semula!
    Apakah yang Diajarkan Bible?
Berita Baik daripada Tuhan!
fg 6 soalan 1-5

PELAJARAN 6

Apakah Harapan bagi Orang Mati?

1. Apakah berita baik berkenaan orang mati?

Selepas dibangkitkan, Lazarus berjumpa dengan adik-beradiknya Marta dan Maria

Apabila Yesus tiba di Betania yang berdekatan dengan Yerusalem, kawannya Lazarus sudah mati selama empat hari. Yesus pergi melawat kuburnya bersama Marta dan Maria. Tidak lama kemudian, ramai orang berkumpul di situ. Betapa gembiranya Marta dan Maria apabila Yesus membangkitkan saudara mereka, Lazarus!​—Baca Yohanes 11:21-24, 38-44.

Marta sudah mengetahui berita baik berkenaan orang mati. Dia tahu bahawa Yehuwa akan membangkitkan orang mati agar mereka dapat hidup semula di bumi.​—Baca Ayub 14:14, 15.

2. Bagaimanakah keadaan orang mati?

Penciptaan Adam, dan kemudian dia mati

Tuhan memberitahu Adam, “Engkau dijadikan daripada tanah, dan engkau akan kembali ke tanah.”—KEJADIAN 3:19.

Manusia dibentuk daripada tanah. (Kejadian 2:7; 3:19) Tiada jiwa atau roh yang terus hidup selepas kita mati. Apabila kita mati, otak kita juga mati, dan fikiran kita pun lenyap. Orang mati tidak tahu apa-apa. Itulah sebabnya Lazarus tidak menceritakan apa yang terjadi selepas dia mati.​—Baca Pengkhutbah 9:5, 6.

Adakah Tuhan menyeksa orang mati dengan api? Menurut Bible, orang mati tidak tahu apa-apa. Jadi jelaslah bahawa api neraka ialah ajaran palsu yang mencemari nama suci Tuhan. Di mata Tuhan, menyeksa orang dengan api adalah perbuatan yang keji.​—Baca Yeremia 7:31.

3. Dapatkah orang mati bercakap dengan kita?

Orang mati tidak dapat bercakap ataupun mendengar. (Mazmur 115:17) Tetapi sesetengah malaikat jahat menyamar sebagai orang mati dan bercakap dengan manusia. (Wahyu 12:9) Yehuwa melarang kita berhubung dengan orang mati.​—Baca Ulangan 18:10, 11.

4. Siapakah yang akan dibangkitkan?

Seorang lelaki yang telah dibangkitkan di Firdaus belajar tentang Tuhan. Kemudian dia mengajar orang lain yang juga telah dibangkitkan.

Jutaan orang yang telah mati akan hidup kembali di bumi. Bahkan mereka yang belum mengenali Tuhan dan yang melakukan perkara jahat juga akan dibangkitkan.​—Baca Mazmur 37:9; Kisah 24:15.

Orang yang telah dibangkitkan dapat mempelajari kebenaran tentang Tuhan, dan menaruh iman kepada Yesus serta mematuhinya. (Wahyu 20:​11-13) Jika mereka berusaha berbuat baik, mereka akan memperoleh hidup kekal di bumi.​—Baca Yohanes 5:28, 29.

5. Apakah sifat-sifat Yehuwa yang ditonjolkan menerusi pembangkitan?

Orang mati dapat dibangkitkan kerana Tuhan telah mengutus Anak-Nya untuk mati demi kita. Jadi pembangkitan menonjolkan sifat kasih dan kebaikan hati Yehuwa yang tidak selayaknya diperoleh. Sewaktu orang mati dibangkitkan, anda ingin berjumpa dengan siapa?​—Baca Yohanes 3:16; Roma 6:23.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bab 6, 7, dan 10 dalam buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi