PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb25.11 6
  • 8-14 Disember

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 8-14 Disember
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2025
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2025
mwb25.11 6

8-14 DISEMBER

YESAYA 6-8

Lagu 75 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

Yesaya memandang ke langit dan sudi menjadi utusan Tuhan.

1. “Inilah Aku! Utuslah Aku!”

(10 min.)

Yesaya rela menjadi nabi Yehuwa tanpa teragak-agak (Yes 6:8; w17.04 29 ¶5)

Tugasan Yesaya sangat mencabar (Yes 6:​9, 10; w09 3/15 29 ¶5)

Sepertimana banyak orang tidak mendengar mesej Yesaya, ramai orang juga enggan menerima ajaran Yesus (Mt 13:​13-15; w14 15/12 6 ¶2)

Yesaya menyampaikan mesej Yehuwa kepada orang Israel di pasar. Ada yang tidak menghiraukannya dan ada yang beredar dengan marah.

UNTUK PERENUNGAN: Bagaimanakah saya dapat melakukan lebih banyak untuk Yehuwa dan orang lain?

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Yes 7:​3, 4​—Mengapakah Yehuwa menyelamatkan Raja Ahas yang jahat? (w06 12/1 9 ¶4)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan

(4 min.) lff 3:Tajuk, 1 (th 5)

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(3 min.) RUMAH KE RUMAH. Sebutkan salah satu kebenaran daripada lampiran A brosur Kasihi Orang. (lmd 4:5)

5. Buat Kunjungan

(4 min.) RUMAH KE RUMAH. Tawarkan pembelajaran Bible. (lmd 9:3)

6. Buat Kunjungan

(5 min.) RUMAH KE RUMAH. Tunjukkan cara pembelajaran Bible diadakan. (lmd 9:5)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 83

7. Dikenali kerana Kerja Menginjil dari Rumah ke Rumah

(15 min.) Perbincangan.

Seperti Yesus dan orang Kristian abad pertama, Saksi-Saksi Yehuwa dikenali kerana kerja menginjil dari rumah ke rumah.​—Lu 10:5; Kis 5:42.

Oleh sebab pandemik COVID-19, kerja penyebaran dari rumah ke rumah terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Pada masa itu, kita berusaha menyebarkan berita baik secara tidak formal, melalui surat, dan kesaksian telefon. Sememangnya, ini telah beri kita peluang untuk mengasah kemahiran dalam kaedah menginjil yang lain! Meskipun demikian, kerja menginjil dari rumah ke rumah merupakan cara utama kita mengongsi berita baik. Dapatkah anda menyertai aturan menginjil dari rumah ke rumah secara tetap?

Bagaimanakah kerja menginjil dari rumah ke rumah membantu kita melakukan hal-hal berikut?

  • Meliputi kawasan penyebaran secara menyeluruh

  • Meningkatkan kemahiran mengajar dan memupuk sifat-sifat seperti keberanian, tidak berat sebelah, dan rela berkorban

  • Memulakan pembelajaran Bible

Adegan video “Menginjil dalam Pelbagai Cuaca.” Dua saudari menginjil kepada seorang wanita di depan pintu rumahnya.

Mainkan VIDEO Menginjil dalam Pelbagai Cuaca. Kemudian tanya hadirin:

  • Apakah yang anda belajar daripada sifat rela berkorban yang ditunjukkan oleh saudara saudari di Kepulauan Faroe?

8. Pembelajaran Bible Sidang

(30 min.) lfb 42-43

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 16 dan Doa

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2025)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi