22-28 DISEMBER
YESAYA 11-13
Lagu 15 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)
1. Apakah yang Bible Katakan tentang Mesias?
(10 min.)
Dia merupakan keturunan Daud anak Isai (Yes 11:1; ip-1 159 ¶4-5)
Dia ada kuasa suci Tuhan dan takut akan Tuhan (Yes 11:2, 3a, nota kaki; ip-1 159 ¶6; w23.06 15 ¶5)
Dia menghakimi orang dengan adil dan belas kasihan (Yes 11:3b-5; w18.08 8 ¶1; ip-1 161 ¶11)
UNTUK PERENUNGAN: Apakah yang membuat Yesus lebih baik daripada mana-mana pemerintah manusia?
2. Permata Rohani
(10 min.)
Yes 11:9, 10—Menurut ayat ini, apakah yang akan diajarkan semasa program pendidikan yang teragung dalam sejarah manusia? (w22.09 20 ¶2)
Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?
3. Pembacaan
4. Mulakan Perbualan
(3 min.) RUMAH KE RUMAH. (lmd 2:5)
5. Buat Kunjungan
(4 min.) KESAKSIAN DI TEMPAT AWAM. Gunakan jw.org untuk jawab soalan yang diajukannya. (lmd 8:3)
6. Jadikan Murid
(5 min.) Bantu pelajar anda buat persiapan untuk menginjil dari rumah ke rumah. (lmd 11:4)
Lagu 70
7. Adakah Anda ‘Hakimi Orang dengan Adil’?
(15 min.) Perbincangan.
Setiap hari, kita mungkin menghakimi orang lain tanpa kita sedari. Kita cenderung menghakimi orang berdasarkan apa yang kita lihat. Tetapi, Yesus tidak begitu. (Yes 11:3, 4) Yesus dapat melihat hati seseorang dan memahami fikiran serta niat hatinya. Walaupun kita tidak ada kebolehan ini, kita masih dapat melakukan sedaya upaya untuk meniru Yesus. Dia menasihati kita, “Jangan lagi menghakimi orang berdasarkan penampilan luar, tetapi hakimilah orang dengan adil.”—Yoh 7:24.
Jika kita menghakimi orang berdasarkan apa yang kita lihat, hal ini akan memberi kesan negatif terhadap kerja penyebaran dan semangat kita. Contohnya, adakah kita teragak-agak untuk menginjil kepada orang daripada bangsa, suku kaum, atau agama tertentu? Bagaimana pula jika kebanyakan orang yang tinggal di suatu kawasan ialah orang kaya atau orang miskin? Adakah kita buat andaian bahawa seseorang itu tidak akan berminat kerana rupa luarannya? Ingatlah bahawa Tuhan “menghendaki segala macam orang diselamatkan dan memperoleh pengetahuan yang tepat tentang kebenaran.”—1Ti 2:4.
Mainkan VIDEO Pengajaran daripada Menara Pengawal—Jangan Menghakimi Menurut Penampilan Luar. Kemudian tanya hadirin:
Menurut video, seseorang mungkin menghakimi orang lain berdasarkan apa?
Jika saudara saudari mula bersikap prasangka, apakah kesannya terhadap sidang?
Apakah yang bantu saudara saudari dalam video untuk tidak menghakimi orang berdasarkan penampilan luar?
Apakah yang anda belajar daripada rencana Menara Pengawal ini?