PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • fg 13 soalan 1-4
  • Apakah yang akan Berlaku kepada Agama-agama di Dunia?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah yang akan Berlaku kepada Agama-agama di Dunia?
  • Berita Baik daripada Tuhan!
  • Bahan yang Berkaitan
  • Bagaimanakah Agama Palsu Merosakkan Nama Baik Tuhan?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Bagaimanakah Anda Dapat Mengenal Pasti Ibadat Sejati?
    Berita Baik daripada Tuhan!
Berita Baik daripada Tuhan!
fg 13 soalan 1-4

PELAJARAN 13

Apakah yang akan Berlaku kepada Agama-agama di Dunia?

1. Adakah semua agama baik?

Seorang lelaki membaca Bible

Semua agama mempunyai penganut yang berhati jujur. Berita baiknya ialah Tuhan prihatin terhadap mereka. Tetapi sedihnya, kejahatan sering berlaku atas nama agama. (2 Korintus 4:3, 4; 11:13-15) Menurut laporan berita, sesetengah agama bahkan terlibat dalam kegiatan pengganas, pembunuhan kaum, perang, dan penderaan kanak-kanak. Kejadian sebegini menyedihkan orang yang berhati jujur!​—Baca Matius 24:4, 5, 11, 12.

Agama benar memuliakan Tuhan, manakala agama palsu membuat-Nya marah. Agama palsu menyebarkan ajaran yang tidak berdasarkan Bible, termasuk ajaran palsu tentang Tuhan dan keadaan orang mati. Namun, Yehuwa ingin manusia mempelajari kebenaran tentang diri-Nya.​—Baca Yehezkiel 18:4; 1 Timotius 2:3-5.

2. Apakah yang akan berlaku kepada agama-agama di dunia?

Tuhan tidak terpedaya dengan agama yang mendakwa bahawa mereka mengasihi-Nya, tetapi sebenarnya mencintai dunia Syaitan. (Yakobus 4:4) Firman Tuhan memanggil semua agama palsu “Babel yang besar,” atau Babilon Besar. Babilon ialah kota di mana agama palsu bermula selepas Banjir pada zaman Nuh. Tidak lama lagi, Tuhan akan menghapuskan agama-agama yang menipu dan menindas manusia.​—Baca Wahyu 17:1, 2, 5, 16, 17; 18:8.

Namun, Yehuwa tidak lupa akan orang yang berhati jujur di serata dunia, meskipun mereka menganuti agama palsu. Dia sedang membebaskan penganut agama palsu dengan mengajar mereka kebenaran Bible.​—Baca Mikha 4:2, 5.

3. Orang yang berhati jujur harus melakukan apa?

Orang berbual selepas perjumpaan Kristian

Agama benar menyatukan orang

Yehuwa prihatin terhadap orang yang mencintai kebenaran dan kebaikan. Dia menggesa mereka untuk meninggalkan agama palsu. Mereka yang mengasihi Tuhan rela membuat perubahan agar dapat menyenangkan hati-Nya.​—Baca Wahyu 18:4.

Pada abad pertama, orang yang berhati jujur bersukacita apabila mereka mendengar berita baik daripada para rasul. Mereka mempelajari cara hidup yang baru daripada Yehuwa. Hasilnya, kehidupan mereka lebih gembira, bermakna, dan penuh harapan. Mereka telah memberikan teladan yang baik kepada kita kerana mereka menerima berita baik dengan mengutamakan Yehuwa dalam kehidupan.​—Baca 1 Tesalonika 1:8, 9; 2:13.

Yehuwa mengalukan-alukan mereka yang meninggalkan agama palsu untuk menyertai keluarga-Nya. Jika anda menerima jemputan Yehuwa ini, anda dapat menjadi sahabat-Nya, menyertai persaudaraan yang menyembah Yehuwa, dan memperoleh hidup kekal.​—Baca Markus 10:29, 30; 2 Korintus 6:17, 18.

4. Bagaimanakah Tuhan akan membawa sukacita ke seluruh bumi?

Agama palsu bakal dimusnahkan. Hal ini adalah berita baik kerana agama palsu tidak dapat menindas, menyesatkan, dan memecahbelahkan manusia sejagat lagi. Setiap makhluk yang hidup dapat bersatu padu menyembah satu-satunya Tuhan yang benar.​—Baca Wahyu 18:20, 21; 21:3, 4.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bab 15 dan 16 dalam buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi