PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • hf bahagian 4 1-2
  • Cara untuk Mengurus Wang

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Cara untuk Mengurus Wang
  • Keluarga Anda Boleh Bahagia
  • Tajuk Kecil
  • 1 RANCANG DENGAN TELITI
  • 2 BERSIKAP JUJUR DAN MUNASABAH
Keluarga Anda Boleh Bahagia
hf bahagian 4 1-2
Satu pasangan merancang dengan teliti tentang cara mengurus hal kawangan

BAHAGIAN 4

Cara untuk Mengurus Wang

“Mintalah nasihat supaya berjaya.”​—Amsal 20:18

Kita semua memerlukan wang untuk menyediakan keperluan keluarga. (Amsal 30:8) Lagipun, wang dapat “memberikan jaminan.” (Pengkhutbah 7:12) Berbincang tentang wang mungkin tidak mudah bagi anda, tetapi jangan biarkan wang menyebabkan masalah dalam perkahwinan anda. (Efesus 4:32) Suami isteri harus saling percaya dan bekerjasama semasa menentukan cara menggunakan wang.

1 RANCANG DENGAN TELITI

NASIHAT BIBLE: “Jika seorang daripada kamu hendak membina sebuah menara, dia akan duduk dahulu lalu mengira perbelanjaannya, supaya dia tahu sama ada wangnya cukup untuk menyudahkan pekerjaan itu.” (Lukas 14:28) Merancang bersama-sama tentang cara menggunakan wang adalah penting. (Amos 3:3) Tentukan apa yang anda perlu beli dan jumlah yang anda mampu belanja. (Amsal 31:16) Mempunyai wang untuk membeli sesuatu tidak bererti anda perlu mendapatkannya. Elakkan daripada berhutang. Jangan belanja di luar kemampuan anda.​—Amsal 21:5; 22:7.

ANDA BOLEH:

  • Jika mempunyai wang lebihan pada hujung bulan, bincanglah tentang cara menggunakan wang tersebut

  • Jika anda kekurangan wang, rancanglah dengan teliti untuk kurangkan perbelanjaan. Contohnya, masaklah sendiri dan bukannya makan di luar

Satu pasangan berfikir dengan mendalam tentang perbelanjaan yang besar

2 BERSIKAP JUJUR DAN MUNASABAH

NASIHAT BIBLE: ‘Lakukan apa yang benar bukan sahaja di sisi Yehuwa, tetapi juga di hadapan manusia.’ (2 Korintus 8:21) Anda patut bersikap jujur dengan pasangan anda tentang pendapatan dan perbelanjaan anda.

Bincanglah dengan pasangan anda sebelum membuat keputusan yang penting tentang penggunaan wang anda. (Amsal 13:10) Berbincang tentang penggunaan wang dapat membantu mengekalkan kedamaian dalam perkahwinan anda. Anggaplah pendapatan anda sebagai wang keluarga dan bukannya wang peribadi.​—1 Timotius 5:8.

Satu pasangan merujuk satu senarai semasa membeli-belah bersama-sama

ANDA BOLEH:

  • Bincang dengan pasangan anda jumlah wang yang anda boleh belanja tanpa memerlukan persetujuan

  • Berbincang terlebih dahulu sebelum masalah kewangan timbul

PANDANGAN ANDA TERHADAP WANG

Wang memang penting, tetapi jangan biarkannya menjejaskan perkahwinan anda atau menyebabkan kerisauan. (Matius 6:25-34) Anda tidak perlukan banyak wang untuk menikmati kehidupan. Bible menyatakan, “Janganlah tamak!” (Lukas 12:15) Perkahwinan anda lebih berharga daripada apa sahaja yang boleh dibeli dengan wang. Jadi, berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki dan jangan abaikan hubungan anda dengan Tuhan. Dengan demikian, keluarga anda akan bahagia dan anda akan mendapat perkenan Yehuwa.​—Ibrani 13:5.

TANYALAH DIRI . . .

  • Apakah yang kami sekeluarga boleh lakukan agar tidak berhutang?

  • Bilakah kali terakhir kami berdua bincang secara terbuka tentang kewangan kami?

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi