PELAJARAN 04
Siapakah Tuhan?
Dari dahulu lagi, manusia menyembah banyak tuhan. Tapi Bible menyebut tentang satu Tuhan yang “lebih agung daripada tuhan-tuhan lain.” (2 Tawarikh 2:5) Siapakah Dia? Mengapakah Dia lebih hebat daripada tuhan-tuhan yang lain? Dalam pelajaran ini, anda akan belajar tentang Tuhan yang istimewa ini.
1. Siapakah nama Tuhan, dan mengapakah kita yakin bahawa Dia mahu kita mengetahui nama-Nya?
Dalam Bible, Tuhan memperkenalkan diri-Nya kepada kita. Dia kata, “Aku ialah Yehuwa, itulah nama-Ku.” (Baca Yesaya 42:5, 8.) Yehuwa ialah nama “Tuhan yang benar di syurga dan di bumi.” (Yohanes 17:3) Nama “Yehuwa” diterjemahkan daripada bahasa Ibrani dan nama-Nya boleh bermaksud “Dia Menyebabkan Menjadi.” Nama-Nya tertulis lebih daripada 7,000 kali dalam Bible!a Tidakkah hal ini menunjukkan bahawa Dia mahu kita mengetahui nama-Nya?—Keluaran 3:15.
2. Apa yang Bible katakan tentang Yehuwa?
Bible kata Yehuwa ialah satu-satunya Tuhan yang benar. Mengapa? Ada beberapa sebab. Yehuwa ialah “satu-satunya Tuhan Yang Maha Tinggi di seluruh bumi.” Maksudnya, Dia mempunyai kedudukan yang paling tinggi. (Baca Mazmur 83:18.) Dia ialah Tuhan “Yang Maha Kuasa” kerana Dia dapat lakukan apa-apa sahaja. Dia telah “menciptakan segala sesuatu,” termasuk alam semesta dan segalanya di bumi. (Wahyu 4:8, 11) Hanya Yehuwa yang wujud dari dahulu dan akan wujud buat selama-lamanya.—Mazmur 90:2.
KETAHUILAH
Ketahuilah perbezaan antara gelaran-gelaran Tuhan dan nama peribadi-Nya. Belajar mengapa dan bagaimana Dia memperkenalkan diri-Nya kepada anda.
3. Tuhan ada banyak gelaran, tapi hanya ada satu nama
Untuk mengetahui perbezaan antara gelaran dengan nama seseorang, mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:
Apakah perbezaan antara gelaran seperti “Tuhan” dengan nama peribadi?
Bible kata orang sembah banyak tuhan. Baca Mazmur 136:1-3, kemudian bincang soalan berikut:
Siapakah “Tuhan atas segala tuhan”?
4. Yehuwa mahu anda kenal dan guna nama-Nya
Bagaimanakah anda tahu Tuhan mahu anda mengenali nama-Nya? Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:
Adakah anda rasa Tuhan mahu nama-Nya dikenali? Mengapa?
Yehuwa mahu kita menggunakan nama-Nya. Baca Roma 10:13, kemudian bincang soalan berikut:
Seberapa pentingkah untuk menggunakan nama Yehuwa?
Apakah perasaan anda apabila seseorang ingat dan panggil anda dengan menggunakan nama anda?
Pada pendapat anda, apakah perasaan Yehuwa semasa anda menggunakan nama-Nya?
5. Yehuwa mahu anda mendekati-Nya
Seorang wanita dari Kemboja yang bernama Soten berasa sangat gembira selepas belajar tentang nama Tuhan. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:
Bagaimanakah kehidupan Soten berubah selepas dia belajar tentang nama Yehuwa?
Biasanya anda harus tahu nama seseorang sebelum menjadi kawannya. Baca Yakobus 4:8a, kemudian bincang soalan berikut:
Yehuwa mahu anda buat apa?
Jika anda mengetahui dan menggunakan nama-Nya, adakah ini membantu anda menjadi lebih rapat dengan-Nya? Mengapa?
ADA ORANG KATA: “Tidak penting sama ada kita mahu guna nama peribadi Tuhan atau tidak.”
Adakah anda percaya bahawa nama Tuhan ialah Yehuwa?
Bagaimanakah anda akan jelaskan bahawa Yehuwa mahu kita menggunakan nama-Nya?
RINGKASAN
Yehuwa ialah nama satu-satunya Tuhan yang benar. Dia mahu kita tahu dan guna nama-Nya agar kita dapat menghampiri-Nya.
Ulang Kaji
Mengapakah Yehuwa berbeza daripada tuhan-tuhan yang lain?
Mengapakah kita harus menggunakan nama Tuhan?
Apakah yang menunjukkan bahawa Yehuwa mahu anda menghampiri-Nya?
JOM BELAJAR
Periksalah lima sebab yang membuktikan bahawa Tuhan benar-benar wujud.
a Untuk maklumat lanjut tentang maksud nama Tuhan dan mengapa sesetengah Bible mengeluarkannya, lihat Lampiran A4 dalam Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu.