PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Hakim-Hakim 2
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Hakim-Hakim

      • Amaran daripada malaikat Yehuwa (1-5)

      • Kematian Yosua (6-10)

      • Hakim-hakim dilantik untuk menyelamatkan Israel (11-23)

Hakim-Hakim 2:1

Nota kaki

  • *

    Malaikat itu bercakap seolah-olah Yehuwa sendiri yang sedang bercakap.

Rujukan Silang

  • +Kel 23:20, 23; Yos 5:13, 14
  • +Yos 5:8, 9
  • +Kej 12:7; 26:3
  • +Kej 17:1, 7; Im 26:42

Hakim-Hakim 2:2

Rujukan Silang

  • +Kel 23:32; Ul 7:2; 2Ko 6:14
  • +Kel 34:13; Bil 33:52
  • +Hak 1:28

Hakim-Hakim 2:3

Rujukan Silang

  • +Hak 2:20-23
  • +Bil 33:55; Yos 23:12, 13
  • +Kel 23:33; Ul 7:16; 1Ra 11:2

Hakim-Hakim 2:5

Nota kaki

  • *

    Maksudnya “Mereka yang Menangis.”

Hakim-Hakim 2:6

Rujukan Silang

  • +Yos 24:28

Hakim-Hakim 2:7

Rujukan Silang

  • +Yos 23:3; 24:31

Hakim-Hakim 2:8

Rujukan Silang

  • +Yos 24:29

Hakim-Hakim 2:9

Rujukan Silang

  • +Yos 19:49, 50
  • +Yos 24:30

Hakim-Hakim 2:11

Rujukan Silang

  • +Hak 3:7; 10:6; 1Ra 18:17, 18

Hakim-Hakim 2:12

Rujukan Silang

  • +Ul 31:16
  • +Kel 20:5; Ul 6:14

Hakim-Hakim 2:13

Rujukan Silang

  • +Hak 3:7; 10:6; 1Ra 11:5

Hakim-Hakim 2:14

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “menjual.”

Rujukan Silang

  • +Hak 3:8; 2Ra 17:20; Mz 106:40, 41
  • +Hak 4:2
  • +Im 26:17, 37; Ul 28:15, 25

Hakim-Hakim 2:15

Rujukan Silang

  • +Ul 28:15
  • +Ul 4:25, 26
  • +Hak 10:9

Hakim-Hakim 2:16

Rujukan Silang

  • +Hak 3:9; 1Sa 12:11; Ne 9:27; Mz 106:43

Hakim-Hakim 2:17

Nota kaki

  • *

    Atau “melacurkan diri dengan tuhan-tuhan lain.”

Rujukan Silang

  • +Hak 2:7

Hakim-Hakim 2:18

Nota kaki

  • *

    Atau “menyesal.”

Rujukan Silang

  • +Hak 3:9
  • +Ul 32:36; Mz 106:45
  • +Hak 4:3

Hakim-Hakim 2:19

Rujukan Silang

  • +Hak 4:1; 8:33

Hakim-Hakim 2:20

Rujukan Silang

  • +Ul 7:4; Hak 10:7; Mz 106:40
  • +Kel 24:3, 8; 34:27; Ul 29:1; Yos 23:16
  • +Im 26:14, 17

Hakim-Hakim 2:21

Rujukan Silang

  • +Yos 13:1, 2

Hakim-Hakim 2:22

Rujukan Silang

  • +Bil 33:55; Ul 8:2; Yos 23:12, 13; Hak 3:4

Lain

Hak. 2:1Kel 23:20, 23; Yos 5:13, 14
Hak. 2:1Yos 5:8, 9
Hak. 2:1Kej 12:7; 26:3
Hak. 2:1Kej 17:1, 7; Im 26:42
Hak. 2:2Kel 23:32; Ul 7:2; 2Ko 6:14
Hak. 2:2Kel 34:13; Bil 33:52
Hak. 2:2Hak 1:28
Hak. 2:3Hak 2:20-23
Hak. 2:3Bil 33:55; Yos 23:12, 13
Hak. 2:3Kel 23:33; Ul 7:16; 1Ra 11:2
Hak. 2:6Yos 24:28
Hak. 2:7Yos 23:3; 24:31
Hak. 2:8Yos 24:29
Hak. 2:9Yos 19:49, 50
Hak. 2:9Yos 24:30
Hak. 2:11Hak 3:7; 10:6; 1Ra 18:17, 18
Hak. 2:12Ul 31:16
Hak. 2:12Kel 20:5; Ul 6:14
Hak. 2:13Hak 3:7; 10:6; 1Ra 11:5
Hak. 2:14Hak 3:8; 2Ra 17:20; Mz 106:40, 41
Hak. 2:14Hak 4:2
Hak. 2:14Im 26:17, 37; Ul 28:15, 25
Hak. 2:15Ul 28:15
Hak. 2:15Ul 4:25, 26
Hak. 2:15Hak 10:9
Hak. 2:16Hak 3:9; 1Sa 12:11; Ne 9:27; Mz 106:43
Hak. 2:17Hak 2:7
Hak. 2:18Hak 3:9
Hak. 2:18Ul 32:36; Mz 106:45
Hak. 2:18Hak 4:3
Hak. 2:19Hak 4:1; 8:33
Hak. 2:20Ul 7:4; Hak 10:7; Mz 106:40
Hak. 2:20Kel 24:3, 8; 34:27; Ul 29:1; Yos 23:16
Hak. 2:20Im 26:14, 17
Hak. 2:21Yos 13:1, 2
Hak. 2:22Bil 33:55; Ul 8:2; Yos 23:12, 13; Hak 3:4
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Hakim-Hakim 2:1-23

Hakim-Hakim

2 Kemudian malaikat Yehuwa+ pergi dari Gilgal+ ke Bokhim lalu berkata kepada umat Israel, “Aku* telah membawa kamu keluar dari Mesir dan memimpin kamu ke tanah yang telah Aku janjikan kepada nenek moyang kamu.+ Aku juga telah berfirman, ‘Aku tidak sekali-kali akan membatalkan perjanjian-Ku dengan kamu,+ 2 dan kamu pula tidak boleh membuat perjanjian dengan penduduk negeri ini.+ Kamu mesti merobohkan mazbah-mazbah mereka.’+ Tetapi kamu tidak mematuhi perintah-Ku.+ Mengapakah kamu berbuat demikian? 3 Itulah sebabnya Aku juga berfirman, ‘Aku tidak akan mengusir penduduk negeri ini dari hadapan kamu.+ Mereka akan menjadi jerat bagi kamu+ dan tuhan-tuhan mereka akan mengumpan kamu sehingga kamu menjauhi Aku.’”+

4 Setelah malaikat Yehuwa berkata demikian, semua umat Israel mula menangis dengan kuat. 5 Itulah sebabnya mereka menamakan tempat itu Bokhim.* Di situ mereka mempersembahkan korban kepada Yehuwa.

6 Selepas Yosua menyuruh umat Israel pergi, setiap orang Israel pun berangkat ke tanah warisan masing-masing dan mendudukinya.+ 7 Selama Yosua masih hidup, umat Israel terus menyembah Yehuwa. Mereka juga tetap menyembah-Nya setelah Yosua meninggal dan sepanjang hayat para pemimpin yang telah melihat segala perbuatan Yehuwa yang hebat untuk umat Israel.+ 8 Kemudian Yosua anak Nun, hamba Yehuwa itu, meninggal ketika dia berumur 110 tahun.+ 9 Maka dia dikebumikan di tanah warisannya di Timnat-heres,+ yang terletak di kawasan pergunungan Efraim, di sebelah utara Gunung Gaas.+ 10 Semua orang Israel daripada generasi itu meninggal dan dikebumikan seperti nenek moyang mereka. Kemudian muncullah sebuah generasi yang baharu. Mereka tidak mengenal Yehuwa dan tidak mengetahui apa yang telah dilakukan-Nya demi umat Israel.

11 Lalu umat Israel melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa dan menyembah Baal.+ 12 Mereka meninggalkan Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka yang telah membawa mereka keluar dari Mesir,+ lalu mengikut tuhan-tuhan lain. Mereka bersujud kepada tuhan-tuhan yang disembah oleh bangsa-bangsa di sekitar mereka lalu membangkitkan kemurkaan Yehuwa.+ 13 Mereka meninggalkan Yehuwa lalu menyembah Baal dan patung-patung Asytoret.+ 14 Oleh itu, Yehuwa sangat murka terhadap umat Israel. Dia menyerahkan mereka ke dalam tangan para perompak dan membiarkan mereka dirompak.+ Dia juga menyerahkan* mereka ke dalam tangan musuh-musuh di sekeliling mereka,+ sehingga mereka tidak berdaya melawan musuh.+ 15 Ke mana sahaja mereka pergi, Yehuwa menentang mereka dan mendatangkan malapetaka kepada mereka.+ Hal itu berlaku tepat seperti yang difirmankan oleh Yehuwa, kerana Yehuwa sudah bersumpah kepada mereka bahawa Dia akan berbuat demikian.+ Mereka sangat menderita,+ 16 maka Yehuwa memberi mereka hakim-hakim untuk menyelamatkan mereka daripada tangan orang yang merompak mereka.+

17 Tetapi mereka tidak mahu mendengarkan hakim-hakim itu. Mereka tidak setia kepada Tuhan* dan bersujud kepada tuhan-tuhan lain. Nenek moyang mereka mematuhi perintah Yehuwa, tetapi mereka tidak berbuat demikian. Dengan cepat mereka menyimpang daripada haluan yang diikuti nenek moyang mereka.+ 18 Setiap kali Yehuwa memberi mereka hakim,+ Yehuwa akan menyertai hakim itu dan menyelamatkan mereka daripada tangan musuh selama hakim itu masih hidup. Yehuwa berasa kasihan+ terhadap mereka* apabila mereka merintih kerana dianiaya dan ditindas.+

19 Tetapi apabila hakim itu meninggal, mereka mengulangi perbuatan yang jahat, dan menjadi lebih teruk daripada nenek moyang mereka. Mereka mengikut, menyembah, dan bersujud kepada tuhan-tuhan lain.+ Mereka tidak meninggalkan amalan-amalan yang buruk dan tidak mahu mengubah kelakuan sendiri. 20 Oleh itu, Yehuwa sangat murka terhadap orang Israel+ dan Dia berfirman, “Bangsa ini telah melanggar perjanjian+ yang telah Aku buat dengan nenek moyang mereka dan mereka tidak mentaati-Ku.+ Maka 21 Aku tidak akan mengusir dari hadapan mereka satu bangsa pun yang belum ditawan oleh Yosua apabila dia meninggal.+ 22 Dengan demikian Aku, Yehuwa, dapat menguji bangsa Israel untuk mengetahui sama ada mereka akan terus mengikut haluan-Ku+ seperti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka, ataupun tidak.” 23 Oleh itu, Yehuwa membenarkan bangsa-bangsa itu tinggal di situ. Dia tidak segera mengusir mereka, dan Dia tidak menyerahkan mereka ke dalam tangan Yosua.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi