PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Samuel 29
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka 1 Samuel

      • Orang Filistin tidak mempercayai Daud (1-11)

1 Samuel 29:1

Rujukan Silang

  • +1Sa 28:1
  • +Yos 19:17, 18; 1Sa 29:11

1 Samuel 29:2

Rujukan Silang

  • +1Sa 28:2

1 Samuel 29:3

Rujukan Silang

  • +1Sa 27:7, 12

1 Samuel 29:4

Rujukan Silang

  • +1Ta 12:19
  • +1Sa 14:21

1 Samuel 29:5

Rujukan Silang

  • +1Sa 18:7; 21:11

1 Samuel 29:6

Rujukan Silang

  • +1Sa 21:10; 27:2
  • +1Sa 28:2
  • +1Sa 27:11, 12
  • +1Sa 29:3, 9

1 Samuel 29:9

Rujukan Silang

  • +1Sa 27:12

1 Samuel 29:11

Rujukan Silang

  • +Yos 19:17, 18; 1Sa 29:1

Lain

1 Sam. 29:11Sa 28:1
1 Sam. 29:1Yos 19:17, 18; 1Sa 29:11
1 Sam. 29:21Sa 28:2
1 Sam. 29:31Sa 27:7, 12
1 Sam. 29:41Ta 12:19
1 Sam. 29:41Sa 14:21
1 Sam. 29:51Sa 18:7; 21:11
1 Sam. 29:61Sa 21:10; 27:2
1 Sam. 29:61Sa 28:2
1 Sam. 29:61Sa 27:11, 12
1 Sam. 29:61Sa 29:3, 9
1 Sam. 29:91Sa 27:12
1 Sam. 29:11Yos 19:17, 18; 1Sa 29:1
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
1 Samuel 29:1-11

Satu Samuel

29 Semua askar orang Filistin+ berkumpul di Afek, manakala askar-askar orang Israel sedang berkhemah dekat mata air di Yizreel.+ 2 Para pemimpin orang Filistin mara dengan pasukan tentera mereka yang terdiri daripada 100 dan 1,000 orang. Daud dan anak buahnya pula sedang berkawad di belakang mereka dengan Akhis.+ 3 Para pemimpin orang Filistin berkata, “Mengapakah semua orang Ibrani ini ada di sini?” Akhis menjawab, “Ini Daud, hamba kepada Raja Saul dari Israel. Dia sudah meninggalkan tuannya dan menyertai beta. Sejak dia datang kepada beta lebih daripada setahun yang lalu sehingga hari ini, beta tidak pernah menemui sebarang kesalahan padanya.”+ 4 Tetapi mereka marah dengan Akhis dan berkata kepadanya, “Suruhlah dia pulang ke tempat yang telah tuanku tetapkan baginya.+ Jangan benarkan dia pergi berperang bersama kita. Siapa tahu dia akan mengkhianati kita di medan perang,+ dan membunuh anak buah kita. Bukankah itu peluang keemasannya untuk menyenangkan hati tuannya? 5 Bukankah dia itu Daud yang dimaksudkan semasa mereka menari sambil bernyanyi:

‘Saul membunuh beribu-ribu orang,

Dan Daud membunuh berpuluh-puluh ribu orang’?”+

6 Maka Akhis+ memanggil Daud dan berkata kepadanya, “Demi Yehuwa, Tuhan yang hidup, beta bersumpah bahawa kamu ialah orang yang tulus hati. Beta memang ingin kamu pergi berperang bersama beta,+ kerana sejak kamu datang kepada beta sehingga hari ini, beta tidak pernah menemui sebarang kesalahan padamu.+ Tetapi para pemimpin itu tidak mempercayai kamu.+ 7 Oleh itu, pulanglah dengan sejahtera, dan jangan buat apa-apa yang akan menimbulkan kemarahan mereka.” 8 Daud pun berkata kepada Akhis, “Apa yang telah hamba buat? Sejak hamba datang kepada tuanku sehingga hari ini, pernahkah hamba berbuat salah? Mengapakah hamba tidak dapat menyertai tuanku dan pergi melawan musuh-musuh tuanku?” 9 Akhis menjawab, “Di mata beta, kamu memang baik seperti malaikat Tuhan.+ Tetapi para pemimpin orang Filistin sudah berkata bahawa kamu tidak dibenarkan untuk pergi berperang bersama kami. 10 Maka pada esok pagi, kamu dan anak buahmu haruslah bangun awal lalu berangkatlah sewaktu hari mula terang.”

11 Oleh itu, Daud dan anak buahnya bangun pada awal pagi dan pulang ke negeri orang Filistin. Orang Filistin pula pergi ke Yizreel.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi