PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Samuel 5
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka 1 Samuel

      • Tabut berada di kawasan orang Filistin (1-12)

        • Dagon dihina (1-5)

        • Tuhan menyerang orang Filistin (6-12)

1 Samuel 5:1

Rujukan Silang

  • +1Sa 4:11

1 Samuel 5:2

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “rumah.”

Rujukan Silang

  • +Hak 16:23; 1Ta 10:8-10

1 Samuel 5:3

Rujukan Silang

  • +Kel 12:12; 1Ta 16:26; Mz 97:7
  • +Yes 46:6, 7

1 Samuel 5:4

Nota kaki

  • *

    Atau “bahagian yang kelihatan seperti ikan.” Harfiah, “Hanya Dagon.”

1 Samuel 5:6

Rujukan Silang

  • +1Sa 6:5, 6

1 Samuel 5:8

Rujukan Silang

  • +1Sa 17:4

1 Samuel 5:9

Rujukan Silang

  • +1Sa 5:6

1 Samuel 5:10

Rujukan Silang

  • +Yos 15:20, 45; 2Ra 1:2; Amo 1:8
  • +1Sa 5:7

1 Samuel 5:11

Rujukan Silang

  • +1Sa 5:6, 9

Lain

1 Sam. 5:11Sa 4:11
1 Sam. 5:2Hak 16:23; 1Ta 10:8-10
1 Sam. 5:3Kel 12:12; 1Ta 16:26; Mz 97:7
1 Sam. 5:3Yes 46:6, 7
1 Sam. 5:61Sa 6:5, 6
1 Sam. 5:81Sa 17:4
1 Sam. 5:91Sa 5:6
1 Sam. 5:10Yos 15:20, 45; 2Ra 1:2; Amo 1:8
1 Sam. 5:101Sa 5:7
1 Sam. 5:111Sa 5:6, 9
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
1 Samuel 5:1-12

Satu Samuel

5 Semasa orang Filistin merampas tabut+ Tuhan yang benar, mereka membawanya dari Ebenezer ke Asdod. 2 Orang Filistin mengambil tabut itu dan membawanya ke dalam kuil* Dagon. Mereka meletakkannya di sisi patung Dagon.+ 3 Pada keesokan hari, orang Asdod bangun awal dan nampak patung Dagon jatuh tertiarap di tanah, di hadapan tabut Yehuwa.+ Maka mereka mengambil patung Dagon dan mengembalikannya ke tempat asalnya.+ 4 Pada hari yang berikutnya, mereka bangun awal dan sekali lagi mereka nampak patung Dagon jatuh tertiarap di tanah, di hadapan tabut Yehuwa. Kali ini kepala patung Dagon dan kedua-dua tapak tangannya terpenggal dan berada di ambang pintu. Hanya bahagian badan patung itu* yang masih utuh. 5 Itulah sebabnya sehingga hari ini, imam-imam Dagon dan semua orang yang masuk ke dalam kuil Dagon tidak akan menginjak ambang pintu kuil Dagon di Asdod.

6 Yehuwa menghukum orang Asdod dengan berat sekali, dan Dia mencelakakan mereka dengan menimpakan penyakit buasir atas penduduk Asdod dan kawasan sekitarnya.+ 7 Apabila orang Asdod nampak apa yang berlaku, mereka berkata, “Tuhan orang Israel telah menghukum kita dan Dagon, tuhan kita, dengan teruk sekali. Jangan biarkan tabut itu berada di sini lagi.” 8 Maka mereka memanggil dan mengumpulkan semua penguasa orang Filistin, lalu bertanya, “Apakah yang harus kita lakukan dengan tabut Tuhan orang Israel?” Mereka menjawab, “Pindahkanlah tabut itu ke Gat.”+ Jadi mereka memindahkan tabut itu ke sana.

9 Setelah mereka memindahkan tabut itu ke Gat, Yehuwa menghukum kota itu dan menimbulkan kekecohan yang besar di situ. Dia menimpakan penyakit buasir atas penduduk kota itu, baik yang tua mahupun yang muda.+ 10 Jadi mereka menghantar tabut Tuhan yang benar ke Ekron.+ Tetapi sebaik sahaja tabut itu tiba di Ekron, penduduk kota itu berseru, “Mereka membawa tabut Tuhan orang Israel ke sini untuk membunuh kita semua!”+ 11 Oleh itu mereka memanggil dan mengumpulkan semua penguasa orang Filistin, lalu berkata, “Bawalah tabut Tuhan orang Israel dari sini dan kembalikannya ke tempat asalnya supaya kami semua tidak dibunuh.” Semua penduduk kota itu takut sekiranya mereka dibunuh kerana Tuhan yang benar telah menghukum mereka dengan teruk sekali.+ 12 Orang yang tidak dibunuh pula telah diserang penyakit buasir, dan semua penduduk kota itu berseru dengan begitu kuat sehingga suara mereka kedengaran di langit.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi